CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 431|Reply: 1

“Saya Tak Anggap Ia Soalan Yang Sensitif”-Empat Tahun Mendirikan Rumah Tangga, Nelydia Senrose Tak Stress Disoal Mengenai Zuriat

[Copy link]
Post time 10-4-2023 09:35 PM | Show all posts |Read mode
“Doakan yang baik-baik”. Demikian respons pelakon cantik, Nelydia Senrose apabila disoal mengenai perancangan untuk memiliki zuriat selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.


Menurut Nelydia atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, dia mengakui tidak stress dengan soalan mengenai zuriat terhadapnya malah tidak menganggap ia perkara yang sensitif.






“Saya tak fikir sangat, tak ada perkara yang perlu saya stress, bagi saya walaupun perkara itu (soal anak) kita mahu sebenarnya tapi kalau belum tiba masanya, saya percaya dengan aturan dan rezeki yang Allah tuliskan.


“Apa sahaja saya terima dan kalau tidak pun saya terima cuma saya tak mahu orang sekeliling stress memikirkan perkara itu. Kalau ada, alhamdulillah, jika tidak, Insya-Allah ada nanti.


“Saya tidak merancang tapi terima sahaja dengan hati terbuka, saya okey sahaja, tak stress pun. Saya tak mahu anggap ia satu soalan sensitif, bagi saya sesiapa yang tanya mereka hanya peduli, nak tahu dan secara tak langsung ia mendoakan juga,” katanya kepada XTRA.


Nelydia ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran pereka fesyen Rizman Ruzaini di sebuah hotel di ibu kota , baru-baru ini.






Tambah pelakon drama Khilaf Asmara itu lagi, dia tidak selesa dalam berkongsi lebih mengenai perjalanannya sebagai seorang isteri sebaliknya hanya berserah kepada yang maha esa.


“Saya tak mahu berkongsi lebih mengenai itu, saya rasa itu perjalanan peribadi saya.


“Apa usaha yang saya buat itu biar saya dan keluarga saya sahaja tahu. Saya usaha apa yang saya boleh, selebihnya saya serahkan pada Allah.


“Sekarang orang lebih memahami dan cakna dengan seseorang. Orang juga lebih terbuka, bila ada yang bertanya, saya akan jawab apa yang saya mampu jawab,” tutupnya.


Untuk rekod, Nelydia Senrose mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada 6 April 2019.




Sumber: Xtra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2023 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah 4tahun yaa Nelly kawin..aii doakan moga Nelly dipermudahkan urusan dlm ttc..insya Allah sooner or later if ada rezeki ank dapat baby jugak.. betooiii Nelly tak payah stress pasai ank lg .enjoy ja moment berdua dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.098481 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list