CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 295|Reply: 0

[Johor] Keluarga tak pernah lantik mana-mana pihak kutip derma

[Copy link]
Post time 10-4-2023 02:55 PM | Show all posts |Read mode

Polis menasihati orang ramai berhati-hati dengan kemungkinan individu dan pihak yang ingin mengambil kesempatan dengan membuat kutipan derma kononnya untuk membantu keluarga empat beradik yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Sabak Awor. FOTO HIASAN

Muar: Polis menasihati orang ramai berhati-hati dengan kemungkinan individu dan pihak yang ingin mengambil kesempatan dengan membuat kutipan derma kononnya untuk membantu keluarga empat beradik yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Sabak Awor di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata berdasarkan pemerhatian pihaknya, pelbagai inisiatif kutipan derma dilancarkan oleh parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta serta individu bagi membantu keluarga mangsa.

"Kebiasaannya aktiviti kutipan yang bersifat kebajikan ini akan mendapat maklum balas positif daripada rakyat Malaysia.

"Justeru itu, kami tidak menolak kemungkinan wujudnya individu atau pihak mengambil kesempatan dengan membuat kutipan derma bagi kegunaan sendiri," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan polis berhubung perkara itu setakat ini, namun menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam menyalurkan derma supaya ia benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan.

"Kami sentiasa memantau aktiviti kutipan derma terutama yang dilakukan melalui media sosial dan sebarang aktiviti meragukan akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penipuan kutipan derma boleh menghubungi CCID Scam Response di talian 03-26101559/1599 atau membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut," katanya.

Empat beradik maut dalam kebakaran di rumahnya di Lorong Muhammad, Jalan Ismail di Kampung Sabak Awor di sini, 29 Mac lalu.

Dalam kejadian jam 7.49 malam itu, Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3 meninggal dunia dipercayai akibat terhidu asap.

Sementara itu, ibu mangsa, Nabila Sedu, 31 menafikan keluarganya melantik mana-mana pihak untuk mengutip derma bagi membantu membina kediamannya yang terbakar itu.

Katanya, dia menyedari mungkin ada pihak yang memanipulasikan insiden yang meragut nyawa anaknya itu dengan matlamat untuk kepentingan mereka sendiri.

"Jika ada pihak tertentu termasuk NGO yang ingin mengutip derma perlu meminta kebenaran kami terlebih dahulu. Kami tidak pernah melantik pihak ketiga," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Nabila dalam pada itu merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus membantu, bukan sahaja keperluan harian, malah turut memberi sokongan moral dan psikologi.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-pihak-kutip-derma
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.404318 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list