CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 205|Reply: 0

Ronaldo berang pemain lawan buang masa

[Copy link]
Post time 10-4-2023 11:42 AM | Show all posts |Read mode

Cristiano Ronaldo. - Foto AFP

RIYADH: Cristiano Ronaldo dilihat bertengkar dengan pemain lawan selepas Al-Nassr seri 0-0 kepada Al Feiha, awal pagi tadi.

Pasukannya kini menduduki tempat kedua dalam pemburuan gelaran Liga Pro Saudi selepas mereka kehilangan mata kepada Al Feiha ketika pencabar utama mereka, Al-Ittihad merakam kemenangan 2-1 ke atas Al-Wehda untuk mendahului dengan kelebihan tiga mata di tangga teratas.

Kekecewaan Ronaldo jelas dapat dilihat selepas tamat perlawanan apabila penyerang itu bertengkar dengan beberapa pemain lawan sambil menyifatkan pihak lawan  yang berada di tangga ke-11 membuang masa.

Pemenang anugerah Ballon d'Or lima kali itu dengan dengan nada marah berkata kepada pemain Al Feiha, Ali Al-Zaqaan 'anda tidak mahu bermain' sebelum berjalan meninggalkan padang dan memasuki terowong.


Bagaimanapun, ini bukan kali pertama pemain berusia 38 tahun itu keluar dari padang dalam keadaan marah, dengan Ronaldo dilihat menendang botol air ketika berjalan keluar dari padang sebagai tanda kecewa selepas pasukannya tewas di tangan Al-Ittihad 0-1, Mac lalu.

Pada perlawanan itu, Ronaldo turut diejek oleh peminat sambil menjerit nama Lionel Messi.

Ia juga bukan kali pertama dia diejek musim ini, dengan seorang peminat muda mencemuh Ronaldo di dalam terowong dengan berkata 'Messi lebih baik' selepas menang 3-1 menentang Al-Batin. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan ... in-lawan-buang-masa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.035942 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list