View: 6793|Reply: 81
|
Ditikam Belakang, Dianiaya Rakan-Rakan Sendiri, Ellie Suriaty Dedah Kisah Sebenar Di Sebalik Sejarah Hitam Farid Kamil
[Copy link]
|
|
Artis versatil, Ellie Suriaty mendedahkan, sepanjang mengenali Farid Kamil, dia tahu sejarah hitam yang dilalui aktor filem ‘Telaga Suriram’ itu.
Katanya, sebagai seorang 'kakak', dia bertanya sendiri kepada tuan punya badan mengenai perkara sebenar yang berlalu dan enggan mendengar daripada pihak lain.
“Dan dia berkata benar kepada mengenai perkara itu di mana pada waktu itu dia telah berterus-terang bahawa telah dianiaya oleh kalangan rakan-rakannya sendiri.
“Sewaktu kejadian hitam itu berlaku, Farid telah dihubungi untuk bertemu dengan rakan-rakannya dan ketika itu, rokoknya tertinggal di dalam kereta.
“Pada saat dia mahu kembali ke keretanya untuk mendapatkan rokoknya, kawan-kawannya itu cakap tak payah ambil rokok tersebut. Ambil sajalah rokok ini (rokok kepunyaan kawannya) saja.
“Kemudian bila dia hisap rokok tersebut, dia jadi pening yang luar biasa dan rupanya rokok itu mengandungi dadah flakka. Dia sama sekali tidak menyangka kawan-kawannya sendiri akan tikam dia dari belakang,” katanya.
Jelas Ellie lagi, disebabkan rokok itu mengandungi bahan tersebut menyebabkan Farid ketika itu bertindak di luar kawalan.
“Rupa-rupanya, mereka memang mahu menjatuhkan kredibilitinya. Dan Dee (Diana Danielle) ketika itu teguh bersama Farid. Sudah tentu, kita hargai pengorbanan seorang isteri kerana Farid telah dianiaya. Tetapi, atas undang-undang dunia, dia didapati bersalah sehingga terpaksa menjalani hukuman penjara.
“Dan, semasa dalam penjara itulah dia berhijrah. Dia menerima qada dan qadar Allah SWT terhadap diri dia.
“Dia reda dan bersyukur, malah membaca Quran setiap hari di dalam penjara. Dia mendalami ilmu agama semasa berada di sana serta di meletakkan dirinya kepada Allah SWT.
“Selepas penghijrahan itu juga, dia mengajak isteri solat berjemaah bersama-sama dan imamkan solat untuk keluarga. Memanggil guru agama mengajar anak-anak mengaji di rumah. Bahkan, dia suami isteri juga sama-sama mendalami ilmu agama.
“Sebab itu, saya cakap dia berpegang pada tali Allah SWT, adakah netizen tahu semua itu?. Tanyalah Farid dan Dee, arwah abang Mat itu siapa dengan saya dan mereka?” soalnya.
Tentang isu memperkasakan wanita (women empowerment) yang dibangkitkan netizen, Ellie berkata, sebagai seorang yang pernah berkahwin, pernah bercerai, punya anak-anak dan kini berstatus ibu tunggal, dia sendiri adalah seorang wanita bekerja dalam industri kreatif.
“Saya seorang pelakon, penulis skrip, juru lakon serta pengarah. Bila kita menyentuh tentang women empowerment, saya sangat mengenali energi itu.
“Namun, bila hendak memperkatakan tentang perkara ini, tolonglah berfikiran wajar dan jangan hentam keromo seolah-olah anda semua kenal siapa saya ini.
“Kita harus ada kewarasan apabila memberi komen dalam isu rumahtangga orang lain. Ini sampai dah tak sedar diri pulak masing-masing. Bahkan, saya pula dikutuk dan dikecam macam-macam, sedangkan anda sendiri tidak kenal siapa saya sebagai seorang individu dan sebagai hamba Allah,” katanya.
Menurut Ellie lagi, secara peribadi, dia sangat menyokong wanita yang berdikari, mempunyai kredibiliti serta fokus terhadap kerjaya dan keluarga bagi mereka yang sudah berkeluarga mahupun bergelar ibu tunggal.
“Tetapi tidak bermakna untuk jadi seorang wanita yang menyokong women empowerment, saya menyokong perceraian. Sekarang ini, saya lihat wanita kalau hendak capai women empowerment seolah-olah kena bercerai dulu. Adakah ini satu trend?
“Sepatutnya, semasa kita ada keluargalah women empowerment itu harus ada dan ia dibina bersama-sama dengan suami dan anak. Tidaklah sebab saya ini bercerai, saya nak sokong semua orang yang bercerai. Saya juga tidak halang bapa berjumpa dengan anak-anak.
“Permudahkanlah… Institusi perkahwinan ini yang kita kena faham,” katanya lagi.
Sumber: GETARAN |
|
|
|
|
|
|
|
Mak aih...ptt la time tu dia weng semcm..flakka rupanya... |
|
|
|
|
|
|
|
siapa kah kawan2 itu? kenape tak report polis.
Kawan2 itu pengedar? Kenape mereka terlepas..... kalau betul mereka yg bagi rokok itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bedahmenjuyah at 9-4-2023 08:48 PM
Berapa hari je si parid ni dok dlm jel. Asyik.ada je di mana mana. Soklan serious ni sbb tak follow sgt pun.tau dia masuk jel tp byk kali tangguh bagai kan |
|
|
|
|
|
|
|
ellie, bila jeri nak kawen dengan jera? |
|
|
|
|
|
|
|
1st time dengar
Flakka tu Apa? Yg paling kuat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
rokok komersil dgn rokok balut sendiri mestila beza...
tak heret kawan2 sekali ke pg balai? atau kawan2 pun kabel besar |
|
|
|
|
|
|
|
sampai skrg ke ngisap rokok tu lg???so tu plhn fk sendiri kan???nape org len plak slh????? |
|
|
|
|
|
|
|
Zombie drug.
Tp, nape kene dgr cerita dr ES?
BUkan x percaya, tp.... |
|
|
|
|
|
|
|
Halahalahala makcik senget ni. Sape je xnak slmatkn tengkuk sndiri bla kena mcm tu. Laki bini je tau prngai psangan masing2. Xpyh la nak back up sgttt |
|
|
|
|
|
|
|
Awk je ke boleh bercerai.... org lain xleh bercerai....
Jangan campur la urusan dd....dd pun ada la sbb2 dia |
|
|
|
|
|
|
|
tapi at least cerita yang heols kena game dengan kawan sendiri tu in line la kan dengan gosip sebelum ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ko caya cakap pendadih.???? Hahahahahaha. Geli tiak wehhhhh. Rokok je pun kan. Beli la sendiri merata ada kat kedai. Entah rokok kena sumbat dengan daun tooot tak. Beria mencari nak amik balik. Pendadih ni semua salah orang salah sundirik tak da. Pigi la. Dengar boleh ya orang dadih ni. Caya jangan. |
|
|
|
|
|
|
|
MatDeghem replied at 9-4-2023 08:42 PM
siapa kah kawan2 itu? kenape tak report polis.
Kawan2 itu pengedar? Kenape mereka terlepas..... ka ...
Bkn yg tagline sengat dlm kl gengster tu? Dia yg beria2 siap g court lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Entah2 pengacip tu buat cerita.
|
|
|
|
|
|
|
|
akak hanya percaya jantan jenis isap ganja sekali sekala je. kalau dah level2 ais flakka ni mmg idokla nak bercakap pun. |
|
|
|
|
|
|
|
“Sewaktu kejadian hitam itu berlaku, Farid telah dihubungi untuk bertemu dengan rakan-rakannya dan ketika itu, rokoknya tertinggal di dalam kereta.
“Pada saat dia mahu kembali ke keretanya untuk mendapatkan rokoknya, kawan-kawannya itu cakap tak payah ambil rokok tersebut. Ambil sajalah rokok ini (rokok kepunyaan kawannya) saja.
“Kemudian bila dia hisap rokok tersebut, dia jadi pening yang luar biasa dan rupanya rokok itu mengandungi dadah flakka. Dia sama sekali tidak menyangka kawan-kawannya sendiri akan tikam dia dari belakang,” katanya.
K.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lol tiber kaitkan suh tanya sapa bang mat pada saya dan mereka.
Akak nak up diri sendiri je kan? Akak jgn campur hal family orang la, fk pun takde mintak tolong akak kan. Akak gi pujuk dd la kalau sama sama clan bangmat
Akak pun bersih sangat ke? Acik forum dah lama perati akak ni berkerak semacam |
|
|
|
|
|
|
|
Skrg ade yg berdiri belakang fk.. Ade juga yg berdiri blakang dd... Both nk pertahankan hujah mereka nnti |
|
|
|
|
|
|
| |
|