View: 229|Reply: 0
|
[Johor]
Wanita warga emas ditahan miliki rokok seludup
[Copy link]
|
|

Mohd. Suhaimi.
JOHOR BAHRU – Seorang wanita warga emas ditahan polis kerana memiliki 469 kotak rokok seludup bernilai RM4,660 dalam serbuan di tempat letak kenderaan Jalan Pekeliling, Pasir Gudang, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, wanita asing berusia 60 tahun itu ditahan pada pukul 7.45 pagi dalam operasi yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dengan kerjasama polis bantuan Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd. (MMHE).
“Operasi tersebut yang menumpukan kawasan penjaja di lokasi berkenaan telah menahan seorang wanita warga asing kerana memiliki 469 kotak rokok pelbagai jenis bernilai RM4,660.
“Antara rokok dirampas termasuklah 35 kotak rokok Canyon Blast, 51 kotak rokok Canyon Merah, 24 kotak rokok Nusantara, 40 kotak rokok John Rob, 36 kotak rokok LA Lights dan 66 kotak rokok Surya Gudang Garam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967. Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 15 April depan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... liki-rokok-seludup/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|