CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 248|Reply: 0

[Negeri Sembilan] JPJ buat pemantauan berterusan meskipun Ramadan

[Copy link]
Post time 9-4-2023 12:42 PM | Show all posts |Read mode

Anggota JPJ Negeri Sembilan menjalankan pemeriksaan ketika operasi dilaksanakan ketika Ramadan. Foto IHSAN JPJ

Seremban: Anggapan pengguna jalan raya bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan tidak menjalankan operasi sepanjang Ramadan ternyata meleset berikutan sejak 23 Mac lalu, pihak berkuasa itu mengeluarkan 3,548 notis atas pelbagai kesalahan menerusi pelbagai operasi.

Pengarahnya Hanif Yusabra Yusuf berkata, sehingga 6 April lalu, sebanyak 7,789 kenderaan diperiksa dan 1,847 daripadanya sudah diambil tindakan.

"Sebanyak 1,083 motosikal, 852 kereta, 45 kenderaan perkhidmatan awam, 1,372 kenderaan barangan dan 196 lain-lain kenderaan diperiksa dalam pelbagai operasi yang dijalankan JPJ sejak 1 Ramadan lalu.

"Kesalahan paling banyak dikesan adalah membabitkan perlesenan pemandu iaitu sebanyak 1,144 notis diikuti kesalahan perlesenan kenderaan (974) dan kesalahan teknikal (494)," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, daripada jumlah notis berkenaan, 2,970 daripadanya adalah notis saman JPJ(P) 22, 160 notis arah periksa, 172 notis S82(1) APAD dan selebihnya lain-lain notis.

"Jika ada yang berpendapat JPJ akan berehat atau tidak melaksanakan operasi pada Ramadan, mereka silap.

"Walaupun dalam cuaca agak panas sepanjang Ramadan ini, anggota Penguatkuasa JPJ Negeri Sembilan sentiasa konsisten dalam melaksanakan tugas dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan semasa di jalan raya.

"Tindakan tegas ini adalah bagi memastikan pengguna sentiasa peka dan patuh kepada peraturan jalan raya yang dikuatkuaskan.

"Pengguna hendaklah sentiasa membuat pertimbangan dan keputusan yang bijak ketika di jalan raya serta sentiasa mematuhi peraturan bagi memberi keselesaan kepada pengguna lain," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-meskipun-ramadan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.051367 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list