“Saya ke rumah keluarga kakak di Kuala Selangor dengan ditemani anak sulung, Anggrek selepas memaklumkan suami yang sudah berada di sana.
“Dari situ hubungan kami mula erat yang berlangsung sehingga sekarang. Sebelum itu kami bukan gaduh, cuma tak rapat seperti hari ini.
“Mungkin orang sangka dulu kami tak boleh bertembung, tetapi hakikatnya kami hanya menjalani kehidupan masing-masing. Itu saja. Jarak kediaman kami pun bukan jauh, dalam satu kilometer,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis berbuka puasa dengan penghuni Rumah Bakti Nurshaheera Cheras di Kay’s Steak & Lobster Ampang, baru-baru ini.
Begitupun, pada masa sama Adira, 31, yang bergelar isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red enggan terlampau menonjolkan gambar bersama madunya dalam media sosial.
Akuinya, tindakan tersebut diambil mengelakkan perasaan iri hati segelintir pihak luar yang sudah mula kepanasan melihat dia dan Sharifah Norshafila boleh bergandingan.
“Bukan tak seronok kongsi setiap momen berharga kami, cuma kena beringat tak semua orang suka kerana ada juga individu tak dikenali mesej saya dengan kata-kata negatif.
“Harapan saya semoga kami sekeluarga dijauhkan daripada hasad dengki. Mujur kakak pun faham. Sekarang kalau keluar berdua saya jarang masukkan dalam media sosial.
“Biar kami saja yang tahu. Apa pun saya bersyukur berkat doa serta kesabaran selama lapan tahun kakak menerima saya dengan hati terbuka. Beliau sememangnya wanita hebat,” luahnya lagi mengenai wanita yang dikenali sebagai Datin Red itu.
Sumber: KOSMO! ONLINE