View: 2897|Reply: 34
|
'Kahar' Sebenarnya Manja
[Copy link]
|
|
Bakat baharu, Amir Ahnaf, 21, yang popular menerusi watak Kahar dalam drama popular Projek: High Council tidak menyangka watak antagonis dibawa melonjakkan namanya dalam dunia lakonan.
Melangkah dalam bidang seni menerusi pertandingan pencarian bakat Hero Remaja pada 2021, jejaka kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu ini perlahan-lahan mempelbagaikan kegiatan seni dengan menceburi bidang pengacaraan.
Amir atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairuddin pada mulanya mencuba nasib sebagai pelakon ekstra, akhirnya rezeki dalam bidang lakonan terbuka luas, lebih-lebih lagi selepas membintangi drama Projek: High Council.
"Saya tidak sangka watak antagonis dibawa mampu memikat penonton. Namun, saya harus berterima kasih kepada pengarah, Anwari Ashraf dan Zulaikha Zakaria kerana memberi peluang kepada pendatang baharu seperti saya untuk membintangi projek ini.
"Saya amat menghargai sokongan ditunjukkan peminat kerana tidak sangka, biarpun membawa watak antagonis, mereka tetap sokong," katanya kepada BH Online.
Anak sulung daripada sembilan adik beradik itu cukup berbeza daripada karakter asal. Di luar drama, katanya, Amir manja, bercakap lemah-lembut dan ada masanya jadi pendiam.
Malah, ahli keluarganya melihat sisi berbeza yang ditunjukkan dalam watak Kahar menerusi drama yang mencetuskan fenomena itu.
"Saya manja dan lebih gemar bercakap lemah-lembut. Ada masanya dalam sesetengah situasi, saya lebih suka mendiamkan diri. Namun, Kahar bengis, tetapi satu persamaan kami, individu manja," katanya.
Berkongsi pengalaman membintangi drama Projek: High Council, Amir berkata, pada mulanya, dia ditawarkan watak lain.
"Ketika uji bakat pertama, saya diberi watak Zahrin, tetapi pengarah berpendapat, ada sesuatu pada diri saya yang belum 'keluar' lagi.
"Jadi, pengarah panggil saya untuk sesi uji bakat kedua. Ketika uji bakat kedua, karakter ditukar kepada Kahar. Saya agak terkejut kerana sudah mula selesa dengan watak Zahrin kerana memiliki karakter lebih santai.
"Namun, saya ambil watak Kahar sebagai cabaran bersama Mierul Aiman yang sentiasa duduk berbincang serta 'membedah' watak masing-masing.
"Kami tidak letakkan apa-apa harapan, tetapi kami sentiasa bercakap antara satu sama lain untuk percaya kepada proses. Tidak sangka, rupanya drama ini boleh meninggalkan impak sebegini hebat," katanya.
Amir yang pernah membintangi drama Perempuan Itu untuk TV3 bersama Zul Ariffin menjadikan pelakon Hollywood, Johnny Depp sebagai idola.
Amir berkata, jiwanya lebih kepada karakter yang 'deep' (berat) dan berharap mendapat peluang membawa watak seumpama itu suatu hari nanti.
"Saya cukup kagum dengan Depp yang boleh membawa apa sahaja karakter dengan bersahaja dan berkesan.
"Saya sebenarnya ada perancangan dengan rakan untuk mengetengahkan diri sebagai pelakon aksi lagak ngeri kerana ia cukup mencabar.
"Saya harus menggunakan pentas lakonan dengan sebaiknya. Ini kerana ia adalah tempat permainan seorang pelakon.
"Mungkin darah seni yang mengalir daripada ibu iaitu seorang aktivis teater membakar semangat saya dalam bidang seni," katanya.
Sumber: BH ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
merqeen gak yg handsome….tapi bole le dek non….muka cam arwah nordin ahmad…. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau rhoper gini nak manja2 dengan acik porum. Harus kena hempuk dan smackdown... Ko jadi kahar terus je lah dik in real life. Tak sesuai rhoper gitu nak jadi manja macam nonok dan ponen botttom. Tengok je la si zarina sabut nyoq pulut rendang secoet tu. Manja2 dengan anak siap bergesel2 hujung2 kena hempuk dan smackdown dek anak jua.
|
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 9-4-2023 02:25 AM
Kalau rhoper gini nak manja2 dengan acik porum. Harus kena hempuk dan smackdown... Ko jadi kahar ter ...
Aduh kaka dud...
Gwey lagi suka tengok bbnu ni minat dengan pelakon tempatan... berpijak di bumi nyata gitew...
Daripada memuja muja pelakon korea yang plastik itu...
Biar acik2 forum je yang minat korea... hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Eh… dia pun ada blakon dlm Perempuan itu?? |
|
|
|
|
|
|
|
Umur baru 21 tapi nmpk 30… |
|
|
|
|
|
|
|
Kancilkering replied at 9-4-2023 10:06 AM
merqeen gak yg handsome….tapi bole le dek non….muka cam arwah nordin ahmad….
For SG, marqeen tu boleh laaa hensem nya…compare dgn hun, hun better
Kahar ni muka bad boy n hensem la juga…muka ada karakter gittchewww |
|
|
|
|
|
|
|
Aku klu sebut manja2 ni teringat kt manjahhh ddnk |
|
|
|
|
|
|
|
Betul la tu manja.. sampai terlentuk lentuk dekat bahu. Tapi awak kena ingat, kurex ni pun suka bersandar bahu jugak. Nanti nak sandar bahu amir ahnaf tau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Amir ni umo 21 ke 23? Its okay dik amir acik forum taknak manja dgn ko, ada ramai cinta hati kat luar sana khenns? Muka melayu kampung betol budak ni tapi kategori good looking. Jgn pulak ko gi siam buat muka. Kang jadi kembar zoey, hael hussaini & nazimah rogayah. Lagi satu jgn buat body sado sgt. Kitorang nak tengok actor berlakon, bukan peti ais ye. Body ko dah herlok dah skrg ni, lean fit. Nak bawak watak nelayan, org asli, petani, cikgu, student, onggile, oku, mat rempit, askar semua pass. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la dak kahar nie..bad boy yg sedap mata memandang, lelaki melayu la katakan. Harap dia tak adalah kontroversi pelik2, ngeship pelik2 lagi - lagi dengan heroin separuh masak. ..memang kena cancel la. |
|
|
|
|
|
|
|
Nozot replied at 9-4-2023 12:28 PM
Ok la dak kahar nie..bad boy yg sedap mata memandang, lelaki melayu la katakan. Harap dia tak adalah ...
Yg ngeship haelina & dayang pun iols dah geli geliman. Alhamdulillah dah terkubur benang2 & kapal dorang |
|
|
|
|
|
|
|
anilanil replied at 9-4-2023 12:15 PM
Amir ni umo 21 ke 23? Its okay dik amir acik forum taknak manja dgn ko, ada ramai cinta hati kat lua ...
Lahir tahun 2000. Ramai lah acik forum nak kat dia nii.cuma belum muncul dlm benang ni jer.Benang lain dah datang |
|
|
|
|
|
|
|
budak ni kalo sekali imbas mcm muka nephew aku.bila aku bagitau mak aku..dia gelak.maksudnya mata aku x kerolah |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 9-4-2023 01:20 PM
budak ni kalo sekali imbas mcm muka nephew aku.bila aku bagitau mak aku..dia gelak.maksudnya mata ak ...
Maknanyah anak buah uols jenis helok yach |
|
|
|
|
|
|
|
herlokk la kot.muka ngikut mak dia... kakak ipar iols.part smirk deyols tuh sbijik.tapi kapla tu lagi kerinting
|
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 9-4-2023 12:41 PM
Yg ngeship haelina & dayang pun iols dah geli geliman. Alhamdulillah dah terkubur benang2 & kapal ...
Tu pun kaka tak boleh brain....kita sekapal |
|
|
|
|
|
|
|
Anak sulung dr 9 siblings
Good luck to your future wife la ya |
|
|
|
|
|
|
|
dgrnya amir ni budak pandai mrsm, ketua pelajar lagi. wonder kenapa tak sambung study oversea, amik medic ka. sayang la. berlakon brp lama je leh tahan fofulariti tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|