CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 193|Reply: 0

[Johor] Apa saja demi Amis!

[Copy link]
Post time 8-4-2023 11:49 AM | Show all posts |Read mode

Penghidap leukimia tahap akhir, Syed Altamis Al Baihaqi Syed Ali dapat memenuhi impiannya ke Taman Tema Legoland, pada hujung minggu lalu. FOTO Mary Victoria Dass

Johor Bahru: "Kami melakukan apa saja yang boleh menggembirakan Amis termasuk memenuhi permintaannya ke sekolah Ahad ini kerana mahu memberi ucapan selamat tinggal kepada guru dan rakan sekolah," kata ibu penghidap leukemia tahap akhir, Ratna Dewi Mohd Sharif, 36.

Ratna Dewi berkata, tiada lagi rawatan bagi anak keempat daripada enam beradik itu, Syed Altamis Al Baihaqi Syed Ali atau mesra dengan gelaran Amis, 8, yang dikesan menghidap leukemia sejak April 2018.

Menurutnya, sebelum ini, Syed Altamis pernah menerima rawatan kemoterapi dan radioterapi selain menjalani pembedahan kolostomi pada 2019 dan 2020 akibat beberapa komplikasi dialami.

Bagaimanapun, katanya, anaknya kini berstatus paliatif dan nasihat doktor adalah untuk bagi menggembirakannya serta meluangkan masa bersamanya.

"Kami bersyukur kerana dia sentiasa positif, mudah mesra dan penyayang mungkin kerana sentiasa disokong ahli keluarga ketika rawatan sebelum ini selain kami banyak berkomunikasi dengannya.

"Saya melayannya seperti kawan dan mendedahkannya kepada aktiviti yang digemari supaya dapat menghilangkan rasa takut.

"Tambahan pula, doktor dan jururawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) sentiasa membuatkannya rasa selesa sebelum ini dan melupakan dirinya sebagai pesakit," katanya yang tinggal di Kampung Rahmat, Kulai di sini.

Ratna Dewi berkata, tahun lalu, Amis hanya dapat bersekolah dua bulan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sedenak ketika di sesi akhir tahun manakala pada tahun ini dia hanya bersekolah sehari ketika hari pertama persekolahan sebelum bercuti sakit.

Menurutnya, Amis memasang cita-cita unik iaitu untuk menjadi 'bos' dan keluarganya sentiasa mendoakan kesembuhan serta mengharapkan keajaiban baginya.

Katanya, keluarga juga bersyukur dapat memenuhi impian Amis ke Legoland baru-baru ini dengan kerjasama Persatuan Amal Permata Takzim (Papeta) dan pihak Legoland pada hujung minggu lalu.

"Suami, Muhammad Irfan Musa (ayah tiri Amis) bekerja sebagai juruteknik dan empat anak kami masih bersekolah, kami syukur apabila ada pihak mahu membantu memenuhi impian Amis.

"Amis sangat seronok ketika di Legoland, dia lawan segala rasa sakit dan boleh berlari pada hari terbabit sedangkan sebelumnya dia banyak baring dan kurang berjalan.

"Malah, dia juga memiliki impian termasuk mahu ke Taman Dinosaur serta mahu bertemu dengan pempengaruh Ikhmal Nour.

"Amis amat meminati Ikhmal Nour dan setiap persembahan Ikhmal melenyapkan sakit anak kami itu kerana membuatkannya terhibur.

"Kami berharap semoga impiannya termakbul serta Ikhmal Nour sudi meluangkan masa bersama Amis, pasti ia akan menjadi kenangan manis baginya," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... /apa-saja-demi-amis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.057198 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list