CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 202|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan diminta teliti kenaikan tambang tiket penerbangan

[Copy link]
Post time 7-4-2023 03:59 PM | Show all posts |Read mode


PRIHATIN: Christina (dua kiri) menyampaikan sumbangan replika cek kepada salah satu penerima ketika di majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Kementerian Pengangkutan diminta untuk meneliti kenaikan harga tambang oleh syarikat penerbangan sehingga menyebabkan ramai pengguna di Sabah tidak dapat pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, beliau mahu Menteri Pengangkutan Anthony Loke untuk meneliti perkara itu.

"Saya juga menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai perkara ini, saya memandang serius perkara ini dan cuba sedaya upaya untuk mencari jalan penyelesaian dengan pihak berwajib.

"Saya juga mahu mencadangkan agar syarikat penerbangan terbabit agar menambah jumlah kekerapan penerbangan ke Sabah khususnya pada musim perayaan.
"Dengan penambahan kekerapan penerbangan ke Sabah, saya fikir tidak perlu lagi untuk naikkan harga tiket," katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, di sini semalam.

Beliau menjelaskan ramai pengguna khususnya pelajar serta pekerja yang berada di Semenanjung tidak dapat balik ke Sabah pada musim perayaan ini disebabkan harga tiket yang mahal.

Christina berkata, sektor pelancongan juga terkesan daripada kenaikan tambang berkenaan kerana pada cuti umum adalah masa paling sesuai untuk pelancong datang ke Sabah.

Sementara itu, berkaitan dengan isu patung Mazu di Kudat, Christina berkata beliau hanya menyampaikan hasrat penduduk di kawasan berkenaan kepada pimpinan kerajaan negeri yang mana mereka mahukan pembinaan patung itu diteruskan.

"Terpulanglah kepada kerajaan negeri untuk melihat perkara ini sama ada mahu atau sebaliknya," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.054336 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list