CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 121|Reply: 0

[Sabah] Bantu SESB jadi mata dan telinga banteras kecurian

[Copy link]
Post time 7-4-2023 03:57 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyeru orang awam menjadi 'mata dan telinga' dalam menyalurkan maklumat bagi membanteras kegiatan mencuri kabel tembaga milik SESB yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Yaakob Jaafar berkata, usaha menangani jenayah ini tidak dapat dilakukan tanpa bantuan daripada pelbagai pihak termasuk masyarakat umum.

"Setiap maklumat yang diberikan akan dapat membantu mempercepatkan tindak balas pihak SESB seterusnya meminimumkan kesulitan yang akan dihadapi oleh orang ramai ekoran kesan kepada jenayah ini.

"Sikap tidak bertanggungjawab seperti ini juga boleh mengundangkan maut kepada si pelaku kerana terdedah dengan renjatan elektrik.

"Kami berharap agar kerjasama dan komitmen ini akan terus berlanjutan bagi memastikan keselamatan kabel terjaga seterusnya mengurangkan kadar jenayah itu," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, beberapa kawasan di Kota Kinabalu telah mengalami gangguan bekalan barubaru ini berpunca daripada kegiatan mencuri kabel milik SESB.

"Kami mahu memberikan perkhidmatan bekalan elektrik terbaik kepada semua rakyat, namun, sekiranya aktiviti jenayah ini masih lagi berleluasa, ia mungkin akan membantutkan usaha ini.

"Apabila kabel SESB di kawasan tertentu dicuri atau dimusnahkan, masyarakat setempat tidak dapat menikmati bekalan elektrik dan ini pastinya menjejaskan rutin harian mereka dan membawa kepada implikasi lain selain boleh menjejaskan aktiviti perniagaan dan ekonomi," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Yaakob berkata SESB akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan pelaku dan dalang dapat dibawa ke muka pengadilan selain melaksanakan beberapa inisiatif bersama dengan PDRM agar kejadian seumpama ini dapat dibendung.


ROSAK: Kabel yang dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menjejaskan bekalan elektrik kepada pengguna

Beliau menjelaskan bahawa kesan daripada insiden curi kabel itu telah menyebabkan ketidakstabilan bekalan ke beberapa lokasi di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

"SESB juga menggunakan kaedah interim dengan menyalurkan bekalan melalui punca bekalan alternatif, termasuk meletakkan janakuasa bergerak di lokasi-lokasi strategik untuk memastikan pembekalan elektrik dibekalkan secara berterusan kepada pengguna yang terjejas.

"Pengguna yang ingin menyalurkan sebarang maklumat mengenai kegiatan curi kabel ini boleh berhubung dengan SESB Careline 15454, 088- 515000 atau melalui aplikasi Whatsapp 019 852 5427 atau menggunakan aplikasi mySESB yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.287101 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list