View: 1010|Reply: 6
|
Raysha Rizrose Sibuk Sangat Kerja, Belum Sempat Pergi Bulan Madu
[Copy link]
|
|
Raysha Rizrose, 26, tidak merancang untuk memperlahankan kerjaya lakonan selepas berkahwin dengan pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri, 30.
Katanya dia mahu terus bekerja untuk menyelesaikan semua tugas lakonan sebelum memutuskan untuk berehat bagi memberi tumpuan kepada perancangan untuk mendapatkan cahaya mata.
Foto: IG
“Buat masa ini memang saya tidak merancang untuk perlahankan kerjaya lakonan. Bahkan selepas berkahwin, saya terus kembali bekerja dan belum sempat berbulan madu.
“Perancangan untuk menimang cahaya mata memang ada. Tetapi, biarlah ia dimulakan selepas saya selesaikan dan habiskan kerja-kerja lakonan yang masih berbaki terlebih dahulu,” katanya.
Disoal tentang rutin bulan Ramadan kali ini, pelakon drama Bisik Bisik Gelora ini memaklumkan dia dan suami masih dalam fasa membiasakan diri dan cuba mengadaptasi rutin baharu sebagai suami isteri.
“Sebagai isteri, tentunya di bulan Ramadan kena sediakan juadah bersahur untuk suami. Suasana itu baru bagi saya, sebab sebelum ini hidup bujang, jadi keadaannya sedikit berlainan.
“Saya masih membiasakan diri. Bulan Ramadan ini memberi ruang untuk bermuhasabah diri, mengingatkan bahawa tanggungjawab sudah bertambah,” jelasnya.
Raysha sah bergelar isteri Nabil dengan sekali lafas pada Februari lepas. Pasangan suami isteri itu belum dikurniakan cahaya mata. -CARI
Sumber: Utusan Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Sibuk krj? Tp xada plk tgk lakonan dia dlm tv |
|
|
|
|
|
|
|
sibuk kerja apa tu nyah? cuci bilik air ke...
hakak tak nampak pun ko di mana2 gittuh!
ke kerja jadi pakguard dan monitor cctv... takut orang datang hempuk kakak kau?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sapa la reporter ni. Sekali lafas? Siap tulis baru kawin feb lepas pastu mention takde anak lagi. Ko ingat ngandung sebulan dah boleh beranak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kerja is kerja. Enjoy tu mesti. |
|
|
|
|
|
|
|
bedahmenjuyah replied at 7-4-2023 02:01 PM
Sapa la reporter ni. Sekali lafas? Siap tulis baru kawin feb lepas pastu mention takde anak lagi. Ko ...
Kannnnn...
Aku pun baru nak komen...
Perlukah ayat last tu?
Huh...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|