CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2130|Reply: 21

"Buat Apa Saya Nak Fikir Masak Dan Basuh Baju," Hati Aishah Berbunga-Bunga, Seronok Tak Ada Suami

[Copy link]
Post time 7-4-2023 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Perasaan Datuk Aishah berbunga-bunga dan ceria walaupun tanpa pasangan hidup.


Status sebagai ibu tunggal sejak Disember 2021 melegakannya kerana dia mempunyai lebih masa bersama anak-anak yang kini sudah dewasa.


"Tak dinafikan pada masa ini saya seronok dengan kehidupan solo, saya rasa macam dulu-dulu. Anak saya pun sudah besar dan ada banyak masa untuk diri saya sendiri.


"Orang perempuan lain sikit, bila anak dah besar. Buat apa saya nak fikir masak, baju dah basuh ke. Jadi, saya gembira dengan kehidupan sekarang," katanya kepada Harian Metro.




Foto: IG




Menambah kegembiraan penyanyi bernama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin ini apabila kebanyakan pakaian sudah bertukar kepada saiz S.


"Tak dinafikan dulu saya sedih juga bila tengok ada baju cantik, tapi tak dapat dibeli sebab tiada saiz. Perkara ini hanya orang berbadan besar saja tahu.


"Tapi, sekarang sudah berbeza dan itu yang seronoknya. Sekarang saya boleh beli baju baharu sebagai hadiah untuk diri sendiri. Dapatlah merasa pakai pelbagai baju, dulu hanya lalu dan lihat saja. Apa yang boleh beli adalah beg tangan dan kasut," katanya.


Menurutnya, pernah beberapa kali dia cuba menyarung baju kebaya sejak beberapa tahun lalu, tetapi baru sekarang ia menjadi kenyataan dan ia adalah pencapaian untuk diri sendiri.




  



Penyanyi lagu popular Janji Manismu dan Camar Yang Pulang ini mendedahkan, dia pernah berdepan hinaan dan ejekan berkaitan bentuk tubuh badan dan sudah penat melayaninya.


"Gelaran tong dram dan diperli individu tidak dikenali ketika berada di tempat awam dah lali saya dengar. Pernah dulu saya pergi cuba pakaian di pusat beli-belah, masuk tempat baju 'over size' ada yang perli katanya butik yang saya masuk itu untuk 'tong dram' saja.


"Ada juga yang perli saya ketika dalam kapal terbang. Padahal saya tak pernah pun kenal dia. Mentang-mentang kita berbadan besar, dia sesuka hati buli macam kita tak ada perasaan pula," katanya.


Sudah lumrah manusia sering tidak puas hati dengan pencapaian orang lain. Apabila berat badannya menyusut, nama Aishah masih menjadi pertikaian ramai.




  



"Macam-macam tuduhan diberikan kononnya saya buat pembedahan bariatrik sebab nak cantik dan kurus semata-mata. Sedangkan saya buat untuk kesihatan.


"Bila dah kurus, ada pula yang kata kurus sangat, nampak sakit.Jujur, bukan senang nak puaskan hati semua orang.


"Mental dan fizikal saya kena seiringan. Ini bentuk yang saya nak. Walaupun ada yang buat bariatrik, tapi masih gagal kurus kerana kurang berdisiplin dalam amalan pemakanan. Saya hanya makan nasi sekitar tiga atau empat sudu," katanya.


  



Dalam perkembangan lain, Aishah bersama Ezad Lazim bakal menjayakan program berbuka puasa bersama penghuni Rumah Anak Yatim Dan Miskin Baitu Saidati Khadijah di Sungai Pusu, Selangor di Grand Barakah Hotel, Ampang, Kuala Lumpur, hari ini.


"Saya bersyukur diberi peluang menjayakan program amal kerana antara lain sebagai usaha membantu golongan kurang bernasib baik pada bulan mulia ini.


"Namun, kita kena tengok laman sendiri dulu sebelum pergi ke laman orang lain. Pastikan yang anak-anak kita yang depan mata, di sekeliling kita yang patut diutamakan.


"Kita jangan tengok yang jauh. Tengok yang depan mata yang berkaitan dengan kita. Kadang-kadang kita rasa nak buat baik sedangkan yang kita sendiri pun kita abaikan," katanya.


  



Menurutnya, ketika terbabit berkempen dalam politik dahulu, dia menangis melihat kesusahan masyarakat.


"Saya tak tahu bagaimana nak bantu. Banyak orang susah dalam pelbagai cara seperti ada beberapa anak Orang Kelainan Upaya dan yang terlentang. Jadi penjaganya nak kerja tak boleh.


  



"Ada yang jaga anak terlantar dan ia menyedihkan. Rasanya kita kena terapkan perasaan kebajikan. Kena banyak terbabit.


"Dalam kes ini saya terbabit dalam program hiburan untuk bantu mereka. Ada kalanya kita kena beli tiket pula untuk sokong. Tak semestinya dalam satu cara saja. Kena kreatif sikit. Nak cari saham akhirat kena kreatif juga," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2023 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurus dah dia...

Btw..dia dah berapa kali kawen?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin wangi makcik ecah.

Manakala jutawe nate beruk tersia tu kekal buruk sampai sanggup jadi khemah bazar ramadan kat mesjid demi menunggang agama. Walhal dok menipu orang berjuta2 sebelum ni. Dok pelahap duit dari hasil menipu, patut la anak2 tak comey langsung. Lepastu muka makin hodoh tiap tahun. Kena kifarah berkali2 pun tak serik2. Tunggu kena sambar kilat je lah nampaknya.

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 11:02 AM | Show all posts
dah kurus ni, elok la pakai yang labuh-labuh kak. jangan la pakai one suit / kebaya pendek.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 12:15 PM | Show all posts
baguslah.. kebahagian tu bukan setakat terletak pada perkahwinan walaupun tu syariat..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 12:22 PM | Show all posts
live your life kak..pedulikan apa kata org..drg tak pernah tgk aishah kurus mendiva masa dgn fan club agaknya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2023 12:52 PM | Show all posts
She feels relieved as she has more time to spend with her grown-up children. She further explains that when children grow up, women have more time for themselves and do not need to worry about household chores like cooking and laundry. Datuk Aishah is content with her current life. tunnel rush
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 01:30 PM | Show all posts
kuwushnyaaaa...
baideway, tanah ke hah yang dia menang tu dah dapat ke? iols tertinggal la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2023 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya sokong!
Jom aisyah, next year kita boleh sambut puasa sebulan dan raya di mekkah.
Me time....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 06:17 PM | Show all posts
3, 4 sudu kalau tak bariatrik pun boleh keding.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 7-4-2023 11:02 AM
Makin wangi makcik ecah.

Manakala jutawe nate beruk tersia tu kekal buruk sampai sanggup jadi khema ...

Sabar kakdud
Maroh benor
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul kak, nanti anak-anak dah kawin, dapat cucu, layan cucu. Tetap happy, tetap bahagia. Takdelah asyik nak masak kat suami jer. Focus dekat diri sendiri, mula buat amal ibadat lebih. Insyallah, bahagia juga.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Iyalah nenek. Terbalik pulak dgn nenek Wan maimunah tu rindu bersuami.
Bahagia cara masing2 ya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 07:20 PM | Show all posts

takpe kaka sebab iols tak posa masa komen tu... maknanya masih subur dan tak menopos...yang dapat posa penuh ajommm beli jamu kak kilometer... supaya chepit boleh busuk kembali macam si bidah melawan menopos untuk dapatkan si anak ikan iqbal...




Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 08:32 PM | Show all posts
enjoy your life kak ecahh....
iols happy for you...
bolayan jeh haterz2 tu semua takde pekdah pong
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2023 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Enjoy je la life dgn cara memasing
Definisi bahagia x sama setiap org
Ada yg bahagia hidup single..takyah layan spouse yg mengada2/childish/selfish
Ada yg bahagia hidup berkawen sbb x bleh hidup sorang
Ada yg bahagia sbb dah ada financial freedom, financial stability, debt free
Ada yg bahagia sbb dh ada permanent job walau masih single/cerai so x risau psl ekonomi jatuh
Ada yg bahagia dpt duk dgn parents yg dah tua dan parents masih ada lagi depan mata
Eh macam2 la...setiap org x sama
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 07:39 AM | Show all posts

Org tak ada suami kan nak ckp apa?

Kita yang ada suami pun rasa seronok kan - takat basuh baju no hal ada washing machine ada dryer.

Takat nak sediakan makan bukan kena masak 3 x sehari pun. Mcm aii hanya kena msk dinner jer.

Nak jumpa kwn kwn dua tiga kali sebulan no hal sbb suami jaga anak anak.

Ish!!


Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Joysparta replied at 7-4-2023 10:55 AM
Kurus dah dia...

Btw..dia dah berapa kali kawen?

Menghampiri natasha hudson 4 kali, yg first, laki new zealand,ustaz dgn ex dia yg baru ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaa...

Ko ingat aku berlaki aku basuh bj laki aku ke? Jd bini tak semesti ya jadi maid...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.048235 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list