View: 533|Reply: 1
|
"Derita Hati Dilalui Bukan Sehari Dua Tapi Bertahun," Ibu Syamsul Doa Semoga Allah Beri Kebahagiaan Abadi Untuk Puteri Sarah
[Copy link]
|
|
Ibu Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail terus mendoakan yang terbaik buat menantunya, Puteri Sarah Liyana, 38, agar pelakon itu memperoleh kebahagiaan abadi.
Patimah yang sentiasa mengikuti perkembangan kisah kemelut rumah tangga anak dan menantunya yang belum selesai sering mengemaskini perkongsiannya di Instagram Story.
Foto: IG
"Derita hati dilalui bukan sehari dua tapi bertahun. Semoga Allah beri kebahagiaan abadi untuknya," tulis Patimah berserta emoji hati berwarna merah pada perkongsian foto Puteri Sarah di Instagram Story.
Terdahulu, hari ini Syamsul hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, untuk sebutan pertama kes nusyuz yang difailkan terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana pada 21 Mac lalu.
Syamsul ditemui berkata, dia juga sudah bersedia dengan hati terbuka terhadap apa saja keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kemelut rumah tangganya pada Isnin ini.
Redalah apa saja… mudah-mudahan begitu juga dengan isteri saya (Puteri Sarah). Saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan yang 'hurt' (menyakitkan) isteri saya," katanya ketika ditanya mengenai laporan JKP akan dibaca beberapa hari lagi.
Pada 24 Mac lalu, proses JKP yang berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membabitkan Syamsul dan Puteri Sarah difahamkan gagal menemui jalan penyelesaian.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Gittew. Tapi menantu acik takde la menderita mana, sheols masih ada rumah, duit dan sebagainya meskipun si sol meng who are yuss kan sheols bertahun2 demi gelekkan washing machine baru 20kg siap pengering... Meskipun malas lipat kain bertimbun dalam bakul, kemungkinan tikus beranak dalam tu pun dia tak sedar.
Masih ramai ibu2 yang lagi menderita di luar sana.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|