CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 154|Reply: 0

[Sabah] Lelaki maut dilanggar kereta semasa dalam perjalanan ke surau

[Copy link]
Post time 6-4-2023 08:44 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut selepas dilanggar kereta di Jalan Lintas berhampiran sebuah restoran kira-kira jam 5 pagi semalam.

Kejadian berlaku apabila mangsa bersama dua lagi rakannya dalam perjalanan menuju ke Surau Istiqomah Taman Olivia untuk menunaikan solat subuh.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata mangsa lelaki yang juga warganegara India terbabit bekerja sebagai pembantu restoran.

“Semasa dalam perjalanan melintas jalan, sebuah kereta jenis sedan yang dipandu dalam keadaan lampu yang tidak menyala merempuh mangsa.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 5.35 pagi,” katanya.

Beliau berkata seorang mangsa berumur 34 tahun hanya mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di zon hijau Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Katanya seorang lagi rakan sekerja mangsa yang berumur 39 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan selepas berjaya mengelak daripada dirempuh kenderaan berkenaan.

“Kenderaan terbabit dipandu seorang lelaki warga tempatan berumur 20 tahun dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.055338 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list