CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 167|Reply: 0

[Sabah] Atasi segera jenayah curi kabel elektrik

[Copy link]
Post time 6-4-2023 08:40 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Kejadian kecurian kabel elektrik semakin berleluasa di sini dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera mengatasi masalah berkenaan.

Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Sim Fui berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini khususnya perlu mengadakan rondaan berkala di kawasan-kawasan yang dikenal pasti menjadi 'hot spot' kepada kejadian curi kabel elektrik ini.

"Sebelum ini kejadian seumpamanya telah berlaku pada siang hari di kawasan premis Segama sehingga menyebabkan gangguan bekalan elektrik.

"Semalam,  Sabah Elektricity Sdn Bhd (SESB) dalam satu kenyataan mendedahkan gangguan bekalan elektrik yang berlaku di kawasan Menara Kinabalu disebabkan cubaan memotong dan mencuri kabel yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

"Kerosakan itu katanya, telah menjejaskan bekalan ke beberapa kawasan di Alamesra, Likas dan Menara Kinabalu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sim Fui berkata, kejadian seumpamanya sepatutnya tidak terjadi sekiranya pemantauan pihak penguatkuasa atau berkuasa dilakukan.

Katanya, kecurian itu juga akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi khususnya kepada sesebuah perniagaan yang gagal mendapat bekalan elektrik akibat perbuatan tidak bertanggungjawab berkenaan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.056146 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list