CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 513|Reply: 5

Masalah Tonsil Sampai Susah Bernafas, Andi Bernadee Serah Diri Jalani Pembedahan

[Copy link]
Post time 6-4-2023 04:09 PM | Show all posts |Read mode
Andi Bernadee dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur sejak Rabu akibat penyakit tonsil yang dihidapinya sejak sekian lama.


Andi atau Andi Azrul Andi Mapangile, 32, berkata, dia akan menjalani pembedahan membuang tonsil namun masih menunggu masa sesuai memandangkan bahagian dalam mulutnya mengalami bengkak.


Foto: IG




"Sekarang ini masih makan ubat antibiotik untuk surutkan bengkak. Kata doktor mungkin duar hari lagi saya akan menjalani pembedahan tonsil.


"Sebenarnya saya sudah lama ada masalah tonsil tapi tak pernah ambil kisah pun. Kali ini agak teruk dan terpaksa juga masuk hospital bagi membuangnya," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.


Menceritakan keadaannya, Andi berkata, masalah tonsil yang dihadapi kali ini serius sehingga menyebabkan dia sukar bernafas ketika hendak tidur.


Disebabkan masalah itu, dia pergi ke hospital dan terpaksa membatalkan beberapa undangan nyanyian sepanjang Ramadan.


"Kali ini memang teruk sampai sekat pernafasan masa tidur. Pagi Rabu saya memandu sendiri ke hospital sebab sudah tak tahan.


"Disebabkan dah masuk hospital, terpaksalah korbankan undangan nyanyian. Doktor nasihat perlu rehat sebulan tapi saya cuba penuhi undangan kalau keadaan mengizinkan.


"Cuma bimbang berlaku masalah pendarahan dan menjadi lebih teruk,” ujarnya.


Tambah penyanyi lagu Raya Last Minit ini pembedahan yang bakal dilakukan tidak akan menjejaskan suaranya namun memberi kesan kepada percakapan.


"Selama ini dah memang ada tonsil, jadi bila dah buang nanti akan ada rasa tidak selesa sikit bila bercakap tapi doktor dah beritahu tidak akan ganggu suara, jadi tiada masalah untuk terus menyanyi,” jelasnya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2023 06:00 PM | Show all posts
semoga di permudahkan urusan dan cepat sembuh...

sakit oooi tonsils, rasa perit je kat tekak...

lepasni dah boleh tukar pesen rambut sunio tu...

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 07:51 AM | Show all posts
pesen rambut sama je. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 08:20 AM | Show all posts
suka tengok dia. tak hensem tapi smart
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 11:58 AM | Show all posts
tapi elok pulak kau bertepuk tampar gurau senda dengan penyanyi paling hauk degil nak mampus semua kata-kata tak boleh dipercayai  si kelly suara tak sedap langsung yg naik pun sebab kawan2 pondan reporter yg tolong. celaka
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 02:40 PM | Show all posts
Jangan lepas operate tonsil..hidung pulak yang jadi tinggi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.036033 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list