CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1537|Reply: 16

"Tak Semua Mampu Untuk Ada Masa Macam Ni," Elfira Loy Bahagia Siapkan Anak Pagi-Pagi, Masak, Tidurkan

[Copy link]
Post time 6-4-2023 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Elfira Loy bersyukur atas rezeki dan peluang yang diberikan dalam menguruskan anak-anaknya meskipun kadang kala sibuk bekerja.


Di Instagram, aktres drama rantaian Di Sebalik Kasyaf ini memuat naik luahan hatinya berhubung perkara tersebut.


Foto: IG




Menurut Elfira, dia menyedari tidak semua para ibu dikurniakan rezeki unruk menjadi suri rumah walaupun separuh masa.


“Saya rasa paling bahagia bila dapat siapkan anak pagi-pagi. Masak diorang makanan, tunggu diorang balik sekolah dengan ayah. Tidurkan diorang. Alhamdulillah for this rezeki.




  



“Saya sedar, tak semua orang yang mampu untuk ada masa macam ni. Kalau awak ada, tolong hargai dan abadikan momen itu,” tulisnya.


Dalam masa yang sama, ibu anak dua ini turut sempat memberi pesanan kepada pengikutnya untuk mencari titik kesyukuran dalam hidup mereka waima dalam apa jua perkara sekalipun.


  



  



“Apa-apa pun keadaan yang kita tengah lalui, itu semua untuk kita. Kita cuma kena cari titik kesyukuran dalam apa sahaja bentuk keadaan yang Allah bagi.


“Dalam masa yang sama, cari jalan macam mana untuk buat perjalanan indah ni menjadi lebih baik. Barulah hari-hari yang awak lalui tu akan menjadi indah sikit,” katanya lagi.


  



Sekadar info, Elfira mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faris Khairol Anuar tangga dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2023 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Baiklah elfira...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Motif 40k likes tapi 61 ja komen?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau je la yg ada masa mengadap anak, gentel.telo tok laki
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Syg sume ade tp bimbo
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
bosan je kisah pasal dia ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2023 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 6-4-2023 09:57 PM

Wah syoknya laki dia keje apa ada masa tuk jemput anak sekolah?
Anak org len ramai terpaksa berdikari naik turun van.
Ada yg mak mcm lipas kudung uruskan anak2 sbb laki keje tgh laut jarang balik.

Dia mmg beruntung lerr laki leh amik anak balik sekolah, kat kejiranan iols ni laki yg bleh amik anak balik sekolah  time tghari tu sama ada dia keje gomen atau tak keje/keje sendiri cth meniaga dsbgnya.
Org len semua laki kuar lepas subuh lepas gorib nnt baru sampai umah kadang tgh mlm baru sampai pun ada.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 6-4-2023 09:28 PM
Wah syoknya laki dia keje apa ada masa tuk jemput anak sekolah?
Anak org len ramai terpaksa berdikar ...

Ayah husband dia ada business.
Kira kerja dgn family sendirilah.
Tapi tak tahu kalau sekarang heols kerja lain pulak.

Btw, ada jugak kerja yg boleh keluar jemput anak ni. Contohnya, kerja gomen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2023 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by naina at 6-4-2023 09:46 PM
Suchi: Wah syoknya laki dia keje apa  ...

Laki I pun hantar dan ambik hantar sekolah 3 anak iols. Hehe Oh yaaa laki iols kerja gomen punch card 12.30 tengahri balik 6.30 petang. Tapi bulan puasa balik awal so pagi hantar 7.30-12.00 dan petang KUL 5.30 petang dia sempat ambik anak. Tengahri KUL 1 je iols hantar sekolah petang. Kik3.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kookiechip replied at 6-4-2023 09:34 PM
Ayah husband dia ada business.
Kira kerja dgn family sendirilah.
Tapi tak tahu kalau sekarang heol ...

Ohh patutlaah
Haa tu sbb iols ada list kan tu td yg boleh amik anak blk sekolah tghari ni sama ada dia keje gomen atau tak keje/keje sendiri.

Sbbnya iols selalu terserempak ngn jiran iols time tghari dia amik anak yg sek agama dan hantar anak yg sesi ptg sekolah.

Sekitar jam 12-1pm yaaa sapa je laa yg bleh blk umah weh masa tu hihihi
Rupanya dia keje gomen

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 6-4-2023 09:41 PM
Laki I pun hantar dan ambik hantar sekolah 3 anak iols. Hehe Oh yaaa laki iols kerja gomen punch ca ...

Dia cikgu sesi petang ke? Mmg sempat la kan.
Mcm ada jiran iols dia technician kat UKM setiap ptg sempat amik anak balik sekolah.
Yela tempat keje pun tak jauh ngn umah.

Hat memana tempat keje dekat ni oklaah boleh laa ulang alik blk umah. Paling best takyah hadap jem bagai awal je sampai umah.


Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 6-4-2023 09:49 PM
Ohh patutlaah
Haa tu sbb iols ada list kan tu td yg boleh amik anak blk sekolah tghari ni sama ad ...


Tempat i dulu pun gini jugak.
Awal sangat anak balik sekolah ye
Hari jumaat, siap ada yg keluar awal gila sebab nk jemput anak balik dr asrama. Padahal kerja gomen break jumaat lama
Nasib baik bukan staff iols
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 6-4-2023 09:28 PM
Wah syoknya laki dia keje apa ada masa tuk jemput anak sekolah?
Anak org len ramai terpaksa berdikar ...

Kat kejirananan i ramai je parents jemput hantar anak balik sekolah. Yg naik transport pun ada jugak tp mostly yg dah besar la yg tahap 2.
Betul jugak apa yg el ckp tu dpt hantar jemput anak pun rezeki.tak semua ada peluang tu.
Anak naik transport pun rezeki jugak tak perlu bersesak tggu depan sekolah. Yuran transport pun mahal kemain skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 12:09 AM | Show all posts
I kerja swasta pun boleh ambik anak tengah hari, yg penting deal elok dengan boss. I dpt flexible lunch hour sebab anak2 pun balik jam lain2 setiap hari.

Betul la kata elfira, respect nasihat yang dia sampaikan kat followers sebab ada parent merungut ya bila kena buat benda2 tu untuk anak2
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 12:10 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 6-4-2023 07:58 PM
Motif 40k likes tapi 61 ja komen?

biasalah tu kalau post positif, komen memang sikit

cuba kalau post negatif/ gambar mengundang, memang beribu la komen


Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 04:48 AM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 6-4-2023 04:10 PM
biasalah tu kalau post positif, komen memang sikit

cuba kalau post negatif/ gambar mengundang, me ...

Aiol tak follow IG retis so tak tau trend IG ni gimana. Ingatkan sheols beli followers.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2023 08:39 AM | Show all posts
iols takde leverage buat sume tu. laki iols keje tengah laut. iols pulak kol 630 dah kena pegi kerja dok jauh. anak masuk 3 iols dah tak boleh coupe hantar anak pagi2 buta sian anak pastu balik amik anak pulak. tengahari anak setel kat transit cikgu transit hantar and amik dekat sekolah. dah balik umah dah malam anak nak dinner pulak. lepas tu kena prepare untuk esoknya pulak tak masuk kemas umah basuh baju bagai lagi. ya allah tuhan saja yang tahu betapa penat nya kehidupan. terus laki iols hire maid. setelah ada maid kehidupan iols tenanggggg. time laki iols kat laut je kena hantar sorang anak pagi2. lagi 2 orang dok umah maid jaga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.044921 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list