CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2506|Reply: 21

Beri Alamat Tadika Pula! Pachara Dakwa Afiq Muiz Mempermainkan Dirinya Dan Sengaja Melambatkan Kes Tuntutan Fasakh

[Copy link]
Post time 6-4-2023 02:08 PM | Show all posts |Read mode
Pachara Apin mendakwa Afiq Muiz seolah-olah mahu mempermainkannya atas tujuan melambatkan kes tuntutan fasakh yang dibuat terhadap suaminya itu.


Dakwa Pachara atau Nur Aaira Mahadeya, 32, Afiq sebelum ini memberikan alamat palsu kepada peguamnya yang mahu menyerahkan surat tuntutan fasakh.


Foto: Google




"Sepatutnya hari ini berjalan lancar tapi sebaliknya berlaku dengan kehadiran defendan (Afiq) nampak macam sengaja melambatkan lagi kes ini.


"eguam saya beritahu segala bukti dan mesej telah sampai kepadanya berhubung tuntutan fasakh ini.


"ihak peguam sudah menghubunginya sebelum ini namun dia turut memberikan alamat palsu iaitu alamat sebuah taska.


"Apabila berlaku macam ini, nampak macam dia mempermainkan peguam dan ia tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada pemberita.


Pachara mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui sejurus selepas prosiding tuntutan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pada Khamis.


Dalam pada itu, peguam Syarie yang mewakili Afiq iaitu Mohd Yazit Sa'at memberitahu anak guamnya tidak menerima sebarang surat atau notis berhubung tuntutan fasakh dibuat plaintif (Pachara) dan hanya mengetahui mengenainya melalui laporan media.


"Ya benar anak guaman saya sebenarnya tidak tahu mengenai kes tuntutan fasakh ni, hanya tahu melalui media saja,” luahnya.


Hakim Syarie Abdul Malik Soleh yang mendengar kes itu menetapkan sebutan semula pada 15 Jun depan bagi membolehkan pihak defendan memasukkan pembelaan bertulis kes itu.


"ihak mahkamah membenarkan kami untuk memasukkan pembelaan secara bertulis jadi kes akan bermula semula dan tunggu jawapan daripada pihak plaintif,” ujarnya.


Sementara itu, Afiq atau Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 31, yang ditemui pemberita enggan mengulas lanjut berhubung kes berkenaan dan menyerahkan kepada mahkamah membuat keputusan.


"Saya tak boleh komen apa-apa semuanya saya serahkan kepada mahkamah yang tentukan," ujarnya.


Sebelum ini, peguam Syarie mewakili Pachara iaitu Suriati Ab Gani meluahkan kebimbangan kehadiran Afiq akan melambatkan proses tuntutan itu kerana akan ada kemungkinan pelakon itu tidak bersetuju dengan dakwaan culas membayar nafkah.


"Kalau dia datang, ia akan melambatkan proses keterangan saksi pada hari ini sebab prosesnya akan berpatah balik ke belakang.


"Hari ini ialah sesi keterangan saksi, sekiranya dia (Afiq) setuju dan mengaku tak memberi nafkah, pihak kami boleh mulakan proses fasakh tetapi kalau sebaliknya, pihak ami perlu masukkan pembelaan bertulis," jelasnya.


Sebelum ini, Pachara menjelaskan dia membuat tuntutan itu selepas digantung tak bertali sejak Julai 2021.


Ini termasuk permohonan bercerai secara baik yang difailkan tahun lalu tidak mendapat kerjasama Afiq apabila pelakon itu gagal menghadirkan diri ke mahkamah.


Isu membabitkan rumah tangga pasangan itu kecoh apabila pada 14 Mei 2021, Pachara membuat laporan polis mendakwa Afiq mencederakannya.


Untuk rekod, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 2019, namun pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2023 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebabtu jangan sesekali percaya jantan berbulu macam beruk ni. Dah la rhoper taraf2 bangla je pun. Bulu je banyak tapi hakikatnya pondan takut nak bagi alamat. Jejan kpop yang berpondesen serta setiap hari duk cukur bulu tu lebih jantan gittew!

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 02:36 PM | Show all posts
memang track rekod nya ni sekeluarga pong saikoh kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat jantan ni. Mmg la tak dpt surat kalau kau bagi alamat salah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hauknya perangai jantan ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 02:49 PM | Show all posts
Hauknya jantan. Kau dah tuduh dia memacam apasal kau tak nak ceraikan je dia.
nightmare betul sesiapa yg cuba-cuba nak masuk ke dalam keluarga zantan ini yachhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2023 03:06 PM | Show all posts
jantan tagune
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Prinsip keluarga dia nih mesti sama mcm Cercei Lannister
“Everyone who isn't us is an enemy."

Eloklah kawen sesama adik badik korang je sbb jenis toksik dan layan bukan darah daging korang mcm musuh.
Lepas sorang2 terkena ngn family depa ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2023 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Peguam x advise cerai seksyen 47 ke... cerai cara baik... kemudian boleh guna hakam
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kang lepas2 ni, ada je cikki2 birah yg sambut si Bangla pam minyak ijau kuning ni
Batak retis mengangaaaaa je menanti bini2 retis hauk diceraikan, kang diorang masuk line
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
keji. mmg takde hukuman ek bile jantan gini buat peel tak dtg mahkamah. nyusahkan btl bile kne tangguh lagi dan lagi. pachara, ko ikot jela cara mawar pijo. tau2 dh settle.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 05:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu family psiko.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 05:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa beriya nak file fasakh bila negeri tu ada hakam. Loyar ada advise ke idok
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 09:53 AM | Show all posts
knp laaaa ko taknak lepaskan si Pachara ni....lafaz jer laaa talak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Scary. Both husband and wife.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon adik Afiq tu ikut masuk campur.. dah kenapa abe mung bagi alamat taska... booooooooo x malu!
Cerca bekas kak ipar hari tu mcm abang dia so angel...... puiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2023 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Cleocatra replied at 7-4-2023 05:16 AM
Jilake jantan sskjp ni, dah la biawak komodo hybrid mawas.

SSKJP ke u olssss???? Gaya masuk campur adik beradik dlm urusan rumah tangga tu mmg dah gaya sskjp... sbb ramai sskjp yg aku kenal mcm tu.... biaaa yg lain punah ranah asalkan....set set kito jenge pecoh....
Jap, soalan serious ni... afiq ni SSKJP ke,?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 6-4-2023 10:03 PM
Kang lepas2 ni, ada je cikki2 birah yg sambut si Bangla pam minyak ijau kuning ni
Batak retis mengan ...

Masa afiq couple dgn ina dulu.. adik n mak afiq ni merentan kata ina nk kikis adik dia... boooooo PERASANNNNNNNNN apa je yg abang hang ada utk dikikis selain bulu2..... jenis family paranoid ni..haruslah dijauhi.. anak baru keje...dia aim duit ringgit anak dulu... klu time tu anaknada makwe... memang dia akan rasa tergugat..takut makwe tu rampas anak dia...sbb paranoid teruk... klu hukum boleh kawen dgn anak..dia x lepas lah anak dia tu..senang dia nk kawal duit ringgit.. org mcm ni.. klu ko pun ada duit.. ko melaram pakai make up..hajdbag mahal...barang kemas 1 badan..depa akan perasan guna duit anak depa.... PERASAN!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
jureencute replied at 7-4-2023 05:45 AM
Kenapa beriya nak file fasakh bila negeri tu ada hakam. Loyar ada advise ke idok

pnjg masa...dpt duit lbih...hakam pling lama 6 bln
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
matjerk replied at 7-4-2023 11:13 AM
Masa afiq couple dgn ina dulu.. adik n mak afiq ni merentan kata ina nk kikis adik dia... boooooo  ...

Ooo mak dgn adik dia ckp gitu ke dulu?
Huihhhh choiiiii! Mcm laaa si Bangla Bulu ni pelakon top Hollywood! Perasan!! Jgnkan filem, drama apa pun aku taktau si Bangla ni berlakon.
Se mayat2 si Ina tu, oklah jugak, kurang kontrobesi dgn laki Ebby Yus dia tu hah.
Si Bangla Bulu ni?? Mcm2 hal! Kawin cerai, dulu bergaduh pasal ada anak calculator lah, mcm2!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.071193 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list