CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4179|Reply: 75

Jamal Abdillah Pilih 14 April Untuk Sambut Anak Keenam, Sehari Selepas Isteri Bersalin Kena Pergi Show "Tak Boleh Cuti, Nak Cari Duit"

[Copy link]
Post time 5-4-2023 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Selepas mendapat nasihat dan keizinan daripada doktor, Datuk Jamal Abdillah memilih untuk menyambut kelahiran anak keenamnya pada 14 April.


Awalnya dia merancang mahu menyambut kelahiran bayi perempuannya keduanya pada 1 April, bersamaan dengan tarikh ulang tahun perkahwinan yang keenam bersama isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28, namun dinasihatkan doktor untuk melewatkan tarikh tersebut.


Foto: IG




“Alhamdulillah isteri saya bakal bersalin pada 14 April nanti secara pembedahan. Kalau ikutkan kami mahu sambut kelahiran bayi itu pada 1 April, bersamaan dengan tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang keenam.


“Tapi doktor kata usia kandungan isteri masih ‘muda’ dan dilewatkan dua minggu iaitu pada 14 April nanti,” katanya kepada Kosmo! Online.


  



Bercakap tentang pilihan nama yang bakal diberikan kepada bayi perempuannya itu nanti, Jamal sudah memilih beberapa nama yang dirasakan sesuai dan mempunyai makna yang baik.


“Untuk nama bayi perempuan saya nanti, saya sudah ada beberapa nama seperti nama ‘air mata syurga’ yang ada makna dan ringkas.


“Nantilah, bila sudah lahir nanti saya akan kongsikan,” kata Jamal.




  



Ketika disoal tentang perasaannya apabila bakal menyambut ‘orang baharu’ tidak lama lagi, Jamal bersyukur apabila kehadiran bayi itu nanti melengkapkan kehidupannya bersama isteri apabila dikurniakan empat cahaya mata, masing-masing dua lelaki dan dua perempuan.


“Alhamdulillah dah empat orang anak. Cukuplah. Doktor pun sudah nasihatkan dan tidak benarkan isteri untuk hamil lagi sebab kesemua anak kami lahir secara pembedahan (empat kali).


“Apa-apa pun saya bersyukur kesihatan bayi dalam kandungan isteri berada dalam keadaan baik,"katanya kepada Kosmo.




  



Dalam perkembangan lain, Jamal mengakui kini sibuk dengan pelbagai projek termasuk memenuhi undangan membuat persembahan.


Bahkan, sehari selepas isterinya selamat bersalin, Jamal perlu bergegas ke Kuantan pada 15 April untuk membuat persembahan.


“Ramadan tahun ini saya agak sibuk dengan beberapa projek termasuk undangan membuat persembahan. Sehari selepas isteri saya bersalin pada 14 April, keesokan harinya akan perlu ke Kuantan untuk membuat persembahan di sana.


“Saya tidak ambil cuti kerana menyanyi adalah mata pencarian saya,” ujar Jamal.




  



Untuk rekod, Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 yang juga merupakan perkahwinan keempatnya.


Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani atau Zack, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani kini berusia setahun.


Jamal juga memiliki dua anak lelaki iaitu penyanyi Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17 menerusi perkahwinan terdahulu. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2023 04:37 PM | Show all posts
Hebat betul tokmal mengumpul anak dikala orang lain mengumpul cucu
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya cukup 4 anak sekarang.. Ni klo ter eksiden mau bertambah lagi 1.. Boleh lawan apak ada 9 anak.

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Gilo tokmal..setiap tahun bini kau kena bedah. Dah kena bedah membuncit balik tak sempat nak heal pun lagi.. gilooo
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 04:51 PM | Show all posts
mcm setahun2 potong perut
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 04:56 PM | Show all posts
kesian bininya..dah cukup lah tu tokmal..kesihatan bini pun kena jaga jgk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2023 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Org lain tengah melayan cucu.

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ngandung lg ke bini dia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2023 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kali ni dia tak dapat nk pilih tarikh cantik eh
Aritu dia kata nk 23.03.23
Pastu tukar pilih 1/4 sempena anniversary
Rupanya kandungan masih muda so tunggu la sampai 14/4 tu itupun ntah tak cukup pun 40w juga kan? Biasanya czer 2 minggu awal juga kan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
moga ALLAH selamatkan segala urusan. selamat bersalin dan berpantang ye nanti
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
seriau jugak dengor empat kali bedah tu. uiii
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tua gayut sibuk buat anak lagi. Yih!

Anak yang ada tu pun tak terjaga.

Dah berapa kali czer tu ya ampun
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini tiap2 tahun beranak. Anak 4 org semua pakai pampers lagi jadi mmg banyak la belanja pampers dgn susu anak2 sebulan pun mahu beribu
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 07:50 PM | Show all posts
campur yg latest ni 6 org lah anak heols... raya nanti jgn lupa spend time dgn zaki n osama yachhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 5-4-2023 04:48 PM
Gilo tokmal..setiap tahun bini kau kena bedah. Dah kena bedah membuncit balik tak sempat nak heal pu ...

Kita yg baca pun seram. Dia takpe la,perut maintain tak kena potong.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Weh bini tokmal ni baru umur 28 ke?? Muda lagi yachhh.. ku pikirkan mid 30's camtu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2023 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Serammm 4 kali czer & jarak umur anak-anak tak besar. Ai 3 kali czer, itu pun gap lebih dari 2 tahun. Masa kali ke-3 tu dr suruh buat BTL terus sebab takut risky kalau ada no.4.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga Datin contraction awal sebelum 14 April ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Seramnya tiap tahun belah perut. Dh mcm belah kek besday
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu tok mal aim anak 5 ke 6 kan ngan bini ni.. kemain nak achieve target sebelum usia makin gayut.. doc dah nasihat tu.. jgn pasni terbabas lagi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.049294 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list