CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2264|Reply: 0

Dewan Negara: Masalah kesuburan lelaki Malaysia tahap membimbangkan

[Copy link]
Post time 5-4-2023 02:01 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

Dewan Negara: Masalah kesuburan lelaki Malaysia tahap membimbangkan

KUALA LUMPUR – Masalah kesuburan dalam kalangan lelaki di negara ini didapati berada pada tahap membimbangkan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu berkata, berdasarkan data ujian analisis sperma daripada makmal Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati, 60 peratus keputusan yang dijalankan didapati abnormal.

Menurutnya, ia turut menyumbang kepada peningkatan masalah kesuburan dalam pasangan berkahwin.

“Mengambil pendekatan lebih proaktif, LPPKN juga telah mewujudkan Klinik Kesejahteraan Lelaki yang mula beroperasi pada Oktober 2022 di Klinik Subfertiliti Kuala Lumpur dan pada tahun 2023, ia diperluaskan ke enam lagi klinik LPPKN di Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

“Klinik ini menawarkan ujian saringan kesihatan lelaki, khidmat nasihat masalah seksual dan amalan gaya hidup sihat serta rawatan ubat untuk membantu meningkatkan kesuburan lelaki, memandangkan masalah ketidaksuburan dalam kalangan lelaki semakin meningkat,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negara, Datuk Dominic Lau Hoe Chai yang bertanyakan mengenai tindakan kementerian bagi menghadapi penurunan kadar kelahiran yang kurang memuaskan kebelakangan ini.

Dalam pada itu, Aiman Athirah berkata, Kadar Kelahiran Kasar di Malaysia telah menunjukkan trend penurunan sejak lebih 40 tahun tahu dan ia juga berkait rapat dengan Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) yang merujuk kepada purata bilangan anak dilahirkan oleh seorang wanita usia reproduktifnya 15 hingga 49 tahun.

Katanya, menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), TFR negara turut menurun daripada 4.0 pada tahun 1980, kepada 2.1 pada tahun 2010 dan seterusnya 1.7 orang anak bagi setiap wanita pada tahun 2021.

“Berdasarkan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM) peringkat nasional yang dilaksanakan oleh LPPKN setiap 10 tahun sejak tahun 1974, peratusan wanita berkahwin tidak mempunyai anak meningkat hampir dua peratus dalam tempoh 10 tahun.

“Iaitu daripada 6.8 peratus pada tahun 2004 kepada 8.6 peratus pada tahun 2014. Trend ini akan terus dipantau melalui KPKM keenam yang akan dilaksanakan pada tahun 2024,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... ahap-membimbangkan/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.256692 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list