CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3507|Reply: 2

Jejaka Amerika Bahagia Duduk Di Kelantan, Suka Pakai Kain Pelikat Ke Sana Ke Mari

[Copy link]
Post time 5-4-2023 11:22 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki dari Florida, Amerika Syarikat  berkahwin dengan wanita tempatan di Kota Bharu, Kelantan.


Yusef Stuart, 38, dan isterinya, Asmaa Hussin yang bahagia melayari bahtera rumah tangga selama hampir 12 tahun.


Menyeberangi separuh benua, Yusef atau nama asalnya Joshua James Stuart berkata dia merantau ke Malaysia kerana mahu mengenali Islam dengan lebih dekat setelah bergelar mualaf di tanah airnya.




Foto: mStar




"Di Amerika Syarikat, saya tidak ada keluarga dan kawan yang boleh mengajar saya tentang Islam. Jadi saya datang ke Malaysia untuk menuntut ilmu di sebuah pondok (pusat pengajian Islam).


"Di sini mereka mengajar saya untuk bertutur dalam Bahasa Melayu, mengajar saya tentang Islam serta cara untuk membaca dan menulis jawi.


"ondok itu banyak menempatkan mualaf seperti saya, mereka ini berasal daripada Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak. Kami bersama-sama belajar tentang perkara asas mengenai Islam," ujar Yusef ketika dihubungi mStar.


Menceritakan semula bagaimana perasaan dan hatinya boleh bertaut dengan wanita Kelantan, Yusef berkata ia berlaku secara spontan ketika dia sedang mencari rumah sewa di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.




Foto: mStar




"Saya tidak hanya duduk setempat dan banyak bergerak juga. Saya ada pergi ke Melaka dan selepas itu ke Kelantan. Di Kelantan, saya mencari tempat tinggal untuk saya berteduh.


"Di situlah saya ditemukan dengan isteri saya, dia ada mengusahakan homestay, saya nampak dia punya inap desa melalui satu website. Isteri saya yang buat sendiri website tu, zaman tu tak ada platform sewa rumah lagi.


"Apabila saya sedang berurusan untuk rumah sewa tu, saya ditemukan dengan abah dia, kemudian saya dan isteri pun terus berkenalan. Tak lama selepas itu kami pun berkahwin, singkat saja proses kami membuka hati antara satu sama lain.


"Alhamdulillah saya diterima dengan baik oleh ahli keluarganya dan penduduk setempat, walaupun saya seorang mat salih tapi kehadiran saya dialu-alukan dan tidak dirasakan seperti orang asing," kata Yusef bersyukur.


Berbicara soal kehidupan di tanah airnya, Yusef mengatakan ibu bapanya masih ada bersamanya dan dia juga mempunyai seorang adik.





"Selama saya tinggal di Malaysia ini, sudah dua kali keluarga datang lawat saya, pertama kali tiga tahun lalu dan yang terbaharu tiga bulan lepas.


"Tidak dapat disangkal, rasa rindu kepada mereka mesti ada, tetapi syukur zaman kita sekarang ada teknologi video call. Saya boleh selalu keep in touch dengan mereka.


"Kalau nak mengharapkan kepada surat-menyurat je mesti memakan masa yang lama dan rindu saya pun tak akan terubat," ujar Yusef.


Fasih berdialek Kelantan, Yusef dan isterinya kini dikurniakan dua cahaya mata iaitu seorang anak lelaki, Daniel Orhan Stuart, 6, dan seorang anak perempuan, Hana Sophia Stuart yang berumur sembilan bulan.


"Nama anak lelaki saya itu merupakan nama dari Turkiye sebab saya dengan isteri pernah duduk di sana selama dua tahun sewaktu saya berkhidmat di sebuah universiti di sana.


"rofesion saya adalah sebagai seorang editor dan proofreader bahasa Inggeris. Itu dulu, kini saya bekerja secara freelance.


"Saya mempunyai website sendiri iaitu proofread.my. Itu isteri saya sendiri yang setup dan uruskan, saya cuma ambil client sahaja.


"Di samping itu, isteri saya ada berniaga kain pelikat. Saya support, saya sangat suka pakai kain pelikat sebab rasa sejuk dan berangin, sesuai dengan cuaca panas di Malaysia," kata Yusef.


Menetap di negeri dengan jolokan Serambi Mekah selama hampir lebih dari sedekad, Yusef berkata lidahnya sudah dapat membiasakan diri dengan juadah cita rasa Pantai Timur.


"Semua makanan saya dah boleh makan sekarang. Antara kesukaan saya adalah budu, kangkung, nasi goreng biasa dan yang paling best, tomyam ala Kelantan, parent saya pun suka apabila datang makan di sini.


"Tidak lupa juga nasi kerabu, sebab ibu mentua saya boleh masak nasi kerabu yang paling sedap di atas muka bumi ini. Ada juga ulam-ulaman sebab keluarga orang rumah saya suka bercucuk tanam.


"aling menjadi kemestian untuk saya ialah keropok lekor, anak lelaki saya Daniel Orhan pun memang sangat meminati makanan ini.


"Kalau rindu makanan negara saya, itu tak jadi masalah sebab dekat Kelantan sudah ada banyak makanan Western," kata Yusef.


Yusef juga menzahirkan rasa kagum dengan sambutan meriah di sekitar Kelantan setibanya Ramadan dan Aidilfitri.


"Seluruh keluarga belah isteri saya akan pulang ke kampung halaman. Rumah kami akan jadi meriah dan kasih sayang antara ahli keluarga itu dapat dirasai.


"Ibu mentua dan adik-beradik isteri juga sangat cekap 'bersilat' di dapur memasak, ayam percik, ikan goreng dan nasi kerabu semua siap di pagi Syawal.


"Saya rasa diri saya adalah sebahagian dari keluarga besar ini, saya tidak disisihkan, felt like home," ujar Yusef menutup bicara. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2023 01:29 PM | Show all posts
aku org bulan mau 40 thn  di bumi diam diam..relak ja
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kepompong at 5-4-2023 01:41 PM

wah terrer ek mentang2 pandai buat website, ada homestay sendiri terusss propose . Kalau lelaki melayu dah kena cop marriage with benefits apabagai, biawak etc. tapi at least dia bukan biawak bebetul ok la walaupun nak buat website pun harapkan isteri jugakkk… Cerita artikel pun org pompuan klamkabut kat dapur sediakan juadah hariraya, dia tak tolong pun. hmm tak impress langsung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.031831 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list