CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2945|Reply: 0

Presiden Turkiye Jadi Pemilik Pertama Kereta Elektrik Keluaran Tempatan

[Copy link]
Post time 5-4-2023 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menjadi pemilik pertama kereta elektrik keluaran negara itu kelmarin.


"Hari ini, kita menyaksikan impian 60 tahun negara kita direalisasikan.




Togg adalah model pertama kenderaan elektrik buatan Turki. - Foto AGENSI




"Togg adalah simbol kepada pembangunan teknologi, perkembangan ekonomi dan reputasi global negara kita," kata Erdogan pada majlis penyerahan SUV segmen-C kereta elektrik Togg di Ankara, lapor Xinhua.


Prototaip kereta itu telah diperkenalkan oleh Kumpulan Usahasama Automotif Turkiye (Togg) pada Disember 2019.


Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev turut menjadi antara pemilik terawal kereta elektrik keluaran negara itu.


Harga bagi model standard T10X bermula daripada 953,000 lira Turkiye (sekitar RM218,461) gga 1.05 juta lira, manakala model jarak jauh berharga hampir 1.22 juta lira, menurut statistik yang dikeluarkan oleh syarikat itu.


Syarikat itu merancang untuk mengeluarkan 1 juta kereta dalam lima model berbeza menjelang 2030.


Türkiye menyasarkan untuk mengeksport kereta Togg dalam masa dua tahun.




Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.259272 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list