|
Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol dalam kemenangan 5-0 Al Nassr ke atas Al Adfalah. - Foto AGENSI
LONDON: Ketajaman Cristiano Ronaldo bersama Al Nassr membuktikan yang pengendali Manchester United, Erik ten Hag melakukan kesilapan paling besar, menurut Piers Morgan.
Dalam kemenangan 5-0 ke atas Al Adfalah, peminat menggambarkan Ronaldo mempunyai "kaki lemah paling hebat dalam sejarah permainan indah ini" berdasarkan gol kedua jaringannya.
United melepaskan legenda Portugal berusia 38 tahun itu pada Disember, susulan temu bualnya bersama Morgan yang mengkritik kelab dan Ten Hag.
Kini selepas persembahan sederhana di Piala Dunia dan permulaan perlahan dalam karier di Arab Saudi, Ronaldo kembali menemui sentuhannya.
Dia membuka jaringan untuk Al Nassr menerusi sepakan penalti dan menyumbang gol ketiga dengan menggunakan kaki kirinya.
Erik ten Hag (kiri), Piers Morgan (atas kanan) dan Cristiano Ronaldo.
"Kaki lemah paling hebat dalam sejarah permainan indah ini. Gol ke-156 dengan kaki lemah oleh GOAT (yang terhebat sepanjang zaman)," kata salah seorang peminat.
"Dua gol lagi oleh Cristiano malam ini, termasuk satu yang cukup hebat, membuktikan keputusan Ten Hag menyingkirkanya untuk Wout Weghorst adalah keputusan paling teruk dalam sejarah bola sepak," kata Morgan.
Bagi peminat yang sering membandingkan Ronaldo dan Lionel Messi, faktor usia pula dijadikan ukuran.
"Pada usia 38 tahun, Ronaldo masih hebat, teringin untuk melihat yang seorang lagi melakukan begini pada usia 38," katanya.
Selepas mencecah usia 38 tahun, Ronaldo sudah meledak 14 gol dan dua umpanan gol dalam 10 perlawanan. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -silap-besar-morgan |
|