CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14420|Reply: 0

[Sabah] Tun Juhar terima kunjungan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Baharu

[Copy link]
Post time 4-4-2023 08:29 PM | Show all posts |Read mode


Kota Kinabalu: Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli, pada Selasa.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk memperkenalkan diri sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak baharu bagi menggantikan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

Beliau yang berasal dari Sarawak bertugas sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini, kini memulakan tugas sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak berkuatkuasa 17 Januari lalu.



Terdahulu, Tun Juhar turut menerima kunjungan dari Ketua Pegawai Operasi MASwings, Suresh Singam dan rombongan bagi memaklumkan perkembangan terkini berkenaan Malaysia Aviation Group (MAG) yang merangkumi operasi anak syarikatnya iaitu Malaysia Airlines, MASwings, AMAL dan Firefly.

Selain itu, beliau memaklumkan Malaysia Airlines dan MASwings kini sedang mengadakan promosi tambang diskaun sebanyak 20 peratus sehingga 12 April ini bagi penerbangan domestik bersempena Hari Raya yang bakal tiba untuk perjalanan laku sehingga 31 Jul 2023.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.345850 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list