CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14431|Reply: 0

[Sabah] Hospital Tuaran dinaik taraf ke Hospital Berpakar Minor

[Copy link]
Post time 4-4-2023 08:26 PM | Show all posts |Read mode


MADIUS
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merancang menaik taraf fasiliti di Hospital Tuaran sejajar dengan penaiktarafan hospital tersebut kepada Hospital Berpakar Minor.

Dalam satu jawapan bertulis pada Persidangan Dewan Rakyat di sini, KKM memaklumkan Projek Naik taraf Dewan Bedah Kedua telah pun dimohon dalam  Rolling Plan Keempat (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

“Selain itu, Hospital Tuaran juga bakal menerima penempatan mesin pengimejan diagnostik CT Scan yang telah diluluskan bagi menyokong fungsi hospital tersebut sebagai hospital rujukan," katanya.

Jawapan bertulis itu bagi menjawab permohonan Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (PH-Tuaran) dalam Perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Tahun 2023 Peringkat Jawatankuasa supaya KKM menaiktaraf Hospital Tuaran.

KKM dalam jawapan yang sama turut memaklumkan satu berita baik berhubung permintaan Madius untuk menaik taraf Klinik Desa Pahu kepada Klinik Kesihatan.

Menurut KKM, klinik desa itu akan dinaik taraf ke perkhidmatan Klinik Kesihatan Jenis tujuh di bawah Peruntukan Khas Naik Taraf Klinik Daif.

Sementara itu, Madius dalam muat naik di laman facebook rasminya menzahirkan ucapan terima kasih terhadap KKM atas jawapan yang diberikan.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas jawapan KKM tentang perkara-perkara yang saya bangkitkan semasa perbahasan RUU Perbekalan 2023 bagi Kementerian Kesihatan Peringkat Jawatankuasa.

“Yang penting dalam jawapan bertulis ini KKM bersetuju bahawa Hospital Tuaran akan dinaik taraf kepada Hospital Berpakar Minor seperti mana yang saya telah cadangkan.

“Atas permintaan saya juga, Klinik Desa Pahu akan dinaik taraf ke Perkhidmatan Klinik Kesihatan Jenis Tujuh,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.059750 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list