CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14350|Reply: 0

[Sabah] Pelabuhan Teluk Sepanggar sebagai Pusat Pemunggahan Negara kedua

[Copy link]
Post time 4-4-2023 08:25 PM | Show all posts |Read mode


BOBBEY
KUALA LUMPUR: Kerajaan Pusat perlu menaik taraf dan mengisytiharkan Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar sebagai Pusat Pemunggahan Negara Kedua selepas Pelabuhan Klang.

Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bobbey Suan berkata, dengan penaiktarafan dan pengisytiharan itu, ianya akan memudahkan proses mobilisasi industri eksport bagi komoditi utama Sabah yang melibatkan sektor-sektor prima seperti pertanian, pembuatan serta mengaktifkan aktiviti perkapalan domestik dan antarabangsa.

Menurutnya, cadangan itu juga akan memperkasakan dan merancakkan aktiviti perdagangan serta ekonomi merentasi wilayah.

"Ia akan mewujudkan peluang pekerjaan, menjana pendapatan wilayah melalui aktiviti eko-pelancongan, menggalakkan pelaburan langsung asing dan secara tidak langsung.

"Mengatasi, mengimbangi perbezaan besar nilai harga bahan mentah serta harga barangan keperluan diantara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

"Justeru, saya mencadangkan kepada kerajaan Pusat untuk mewujudkan strategi prima dan mekanisme menang-menang bagi menaik taraf serta mengisytiharkan Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar sebagai Pusat Pemunggahan Negara yang kedua selepas Pelabuhan Klang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Negara, semalam.

Selain itu katanya, untuk meringankan beban kerajaan selain memastikan pelaksanaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dan Sarawak-Sabah Link Road siap mengikut jadual yang telah ditetapkan.

"Kerajaan Persekutuan perlu mengelakkan pembinaan jalan atau laluan baharu, sebaliknya mengambil alih dan menaik taraf semua laluan balak sedia ada, yang pada dasarnya juga merupakan laluan utama masyarakat setempat kerana sudah mempunyai infrastruktur asas seperti tiang elektrik, sekolah, klinik kesihatan, parit, akses jalan-jalan kampung dan sebagainya," katanya.

Menyentuh mengenai pendedahan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor bahawa Malaysia belum bersedia mendapat manfaat pembukaan Nusantara di Kalimantan.

Bobbey berkata, tapak sempadan yang berpotensi antara Sabah dan Kalimantan masih tidak dibangunkan.

“Sehubungan itu, persoalan saya sejauh manakah kerajaan benar-benar serius dan bersedia menerima kesan berganda daripada pembukaan Nusantara di Kalimantan?," katanya.

Dalam pada itu, Bobbey turut mengalu-alukan komitmen berterusan kerajaan Pusat dalam pembangunan Sabah dengan peruntukan pembangunan sebanyak RM6.5 bilion.

Beliau berharap peruntukan untuk Sabah akan terus ditingkatkan setiap tahun supaya pembangunan di Sabah setanding dengan pembangunan di Semenanjung serta pembangunan Nusantara di Kalimantan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.055270 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list