|

NABILA (kiri) dan suami ketika di temui di sebuah inap desa di Muar. FOTO Ahmad Ismail
Muar: Keluarga empat beradik yang maut selepas kediaman mereka di Kampung Sabak Awor di sini, terbakar Rabu lalu merayu orang ramai berhenti menyebarkan gambar dan video kejadian itu di media sosial.
Ibu mangsa, Nabila Sedu, 30, berharap semua pihak dapat memahami dan menghormati perasaan mereka sekeluarga yang kehilangan empat anak dalam sekelip mata.
"Saya mohon orang ramai berhenti sebarkan apa sahaja gambar atau video serta membuat pelbagai spekulasi mengenai kebakaran berkenaan.
"Biar pihak berkuasa menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran itu. Harap semua dapat faham perasaan kami dan keluarga yang sedang bersedih.
"Kami bukan sahaja kehilangan seorang anak, tapi zuriat serentak," katanya ketika ditemui di sebuah inap desa di Muar di sini, semalam.
Media sebelum ini melaporkan empat kanak-kanak maut selepas kediaman keluarga terbakar di Kampung Sabak Awor di sini, jam 7.49 malam, Rabu lalu.
Empat beradik yang maut adalah Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3 .
Jenazah empat adik-beradik berkenaan yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar, di sini, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira jam 8.15 malam Khamis lalu di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, Muar.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kan-video-kebakaran |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|