CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3046|Reply: 1

Berita Palsu, Zarina Zainuddin Mohon Doa Panjang Umur

[Copy link]
Post time 4-4-2023 02:03 PM | Show all posts |Read mode


Dalam kesibukan bekerja menjalani penggambaran drama, pelakon senior Zarina Zainuddin dikejutkan dengan laporan berita sebuah blog mengatakan dirinya meninggal dunia.


Zarina, 52, yang terkejut menerima perkhabaran tersebut justeru meminta jasa baik daripada orang ramai agar mendoakan dirinya dipanjangkan umur.


“Assalamualaikum. Saya tengah ‘shooting’ drama Bukan Puteri Lindungan Bulan untuk Samarinda Ramadan 2023. Pagi ini dapat berita begini.


“Tolong doakan semoga saya panjang umur dan murah rezeki,” tulisnya dalam sebuah hantaran Instagram.


Menerusi perkongsian sama, Zarina memuat naik tangkap layar sebuah hantaran blog yang menulis tajuk memaklumkan dirinya sudah meninggal dunia.


“Innalilahi, khabar duka dari aktres Zarina Zainuddin hari ini telah meninggal dunia,” tulis blog tersebut berserta gambar Zarina dengan surah al-Fatihah.


Perkongsian pelakon itu mengundang simpati ramai pengikut dan rakan pelakon yang berasa sakit hati dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak terlibat dalam menulis dan menyebarkan berita palsu.



  



“Manusia ni, memang macam ini ya. Dah tak ada kerja lain dah,” tulis pelakon Raja Ilya yang bengang dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak tersebut.


Dalam kesedihan berdepan fitnah sebegitu, apa yang lebih meruntunkan hati Zarina apabila mengenangkan anak kembarnya, Raizal Azrai atau Azal yang kini berada di Singapura.


Azal berada di Compas One, Sengkang Square, Singapura kerana membantu menjaga kedai jualan pulut kuning yang diusahakannya.


“Semoga Azal tabah dan kuat berada di Singapura,” titip Zarina.


Situasi menimpa Zarina adalah perkara sama yang dilalui Sherie Merlis beberapa hari lalu apabila pelakon itu turut menjadi mangsa fitnah sebuah blog tidak bertauliah yang menulis artikel tentang kematiannya.


Sebelum ini juga, Zarina pernah berdepan situasi hampir sama apabila difitnah pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup meletakkan maklumat diri Azal sebagai orang gila dalam Wikipedia.




Sumber: KOSMO!ONLINE, IG ZARINA ZAINUDDIN



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2023 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau berita benar pun tak terkejut pun! Dah kau sendiri suka di hempuk dan di smackdown dek anak. Sebab kau pun sejenis reda dan mengalah je kan kalau kena elbow drop bagai. Siap nasihatkan isteri2 lain supaya jadi lembam macam kau dan rela kan diri kena smackdown hari2.

Tidak terkejut pun kalau kau meninggal waktu kena smackdown ngam2 ahli gusti lain trngah buat elbow drop. Tak rindu pun nak makan pulut rendang ko tu yang mahal tapi secoet jah, celah gigi je makan.

Harap2 ko laser sabut nyoq kat bawah tu sampai hilang supaya acik2 yang mandikan kau tak terkejut beruk nanti.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.476082 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list