Pelakon yang sedang meningkat naik, Meerqeen dilantik sebagai duta kepada produk 'Foundation and Fragrance Franchise di bawah YSL Beauty Malaysia.
Pemilihan Meerqeen sesuai dengan personalitinya yang berani, tidak gentar dan tidak berkompromi dengan apa-apa sahaja dalam kehidupan bertepatan dengan semangat yang ingin ditonjolkan oleh YSL Beauty.
"Saya rasa teruja untuk menjadi warga Malaysia pertama yang dilantik sebagai duta jenama Foundation and Fragrance Franchise di bawah YSL Beauty.
"Saya selalu kagum dengan komitmen jenama ini terhadap kreativiti, ekspresi kendiri dan langkaui batasan.
"Sebagai seorang yang percaya bahawa kehidupan perlu dijalani sepenuhnya, saya bersukacita untuk bekerjasama dengan jenama yang menggalakkan orang ramai melakukan yang sama," katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Jenama YSL Beauty Malaysia dan Singapura, Zaireen Ibrahim, kerjasama antara Meerqeen dan YSL Beauty akan menyuntik perspektif segar kepada kempen pemasaran jenama itu di Malaysia.
Pelantikan aktor itu sebagai duta jenama Malaysia pertama YSL Beauty membuktikan dia seorang bintang yang mempunyai populariti dalam kalangan muda-mudi di negara ini bagi memberikan teladan kepada ramai agar beraspirasi untuk hidup tanpa kompromi. - CARI
Sumber: GEMPAK
|