Bagi peminat filem Polis Evo, pastinya mereka sudah tidak sabar menantikan kehebatan naskhah tersebut menerusi Polis Evo 3 yang dijangkakan terus menunjukkan prestasi cemerlang pada Mei hadapan.
Melihat kembali kejayaan dua siri filem tersebut, tidak hanya jalan cerita yang menjadi bualan malahan runut bunyi (OST) turut menjadi siulan penggemar karya tempatan.
Menerusi laporan Gempak, OST Polis Evo 3 bakal dinyanyikan oleh beberapa gabungan suara penyanyi hebat tanah air yang cukup terkenal dan salah seorang daripada mereka dikhabarkan adalah pemenang vokal terbaik beberapa kali di AJL.
Menerusi ruangan perkongsian video di Instagram Gempak, rata-rata netizen sudah mula meneka barisan penyanyi yang menyanyikan OST filem tersebut.
Menariknya, nama penyanyi rap terkenal iaitu Malique antara yang menjadi sebutan sebagai salah seorang penyanyi dalam OST filem itu.
Andai tekaan itu betul, mereka sudah tidak sabar untuk mendengar kembali alunan suara Malique yang sekian lama sepi dari radar industri seni. - CARI
Sumber: GEMPAK
|