CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2154|Reply: 0

Gigi Hadid 'Back Up' Varun Dhawan Lepas Insiden Cium Pipi

[Copy link]
Post time 4-4-2023 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Gigi Hadid 'Back Up' Varun Dhawan Lepas Insiden Cium Pipi



Pelancaran Nita Mukesh Ambani Cultural Centre yang diadakan di Kurla Complex, Bandar Mumbai selama dua hari berturut-turut baru-baru ini mencetuskan pelbagai kontroversi.


Bagaimanapun, antara yang menjadi perbualan hangat adalah tindakan aktor Varun Dhawan yang dianggap keterlaluan kerana mengendong serta mencium model terkenal antarabangsa, Gigi Hadid.


Pada hari kedua majlis pelancaran itu diadakan, Varun turut beraksi dengan sebuah persembahan tarian lagu Bollywood.


Dalam persembahan tersebut, Varun menarik Gigi yang sedang duduk serta mengangkatnya ibarat lagak seorang hero dalam filem Bollywood, kemudian mengucup pipi Gigi sebelum menurunkannya dan menunjukkan laluan di tempat duduknya semula.


Sebaik sahaja persembahan itu selesai, video persembahan Varun bersama Gigi itu menjadi viral.




Rata-rata netizen nampaknya seakan tidak boleh menerima perlakuan Varun itu. Mereka berpendapat, Varun seharusnya meminta izin daripada Gigi untuk mengangkat dan menciumnya. Apatah lagi, dia sendiri sudah berkahwin.


Akibat daripada itu, Varun telah menerima pelbagai kecaman daripada netizen hingga memaksa aktor kacak tersebut menjelaskan di dalam Twitter miliknya bahawa apa yang dilihat oleh mereka di dalam persembahan itu sebenarnya adalah aksi koreografi yang telah pun dirancang.


Menyedari bahawa Varun diselar dan menerima kecaman yang keterlaluan daripada netizen, Gigi Hadid tampil memberikan sokongan terhadap aktor tersebut.


Dalam satu hantaran di Ig Stories miliknya, Gigi telah berkongsi video persembahan bersama Varun dalam dengan kapsyen yang bertulis: "@varundvn menjadikan impian Bollywood saya menjadi kenyataan”. Ia turut diiringi emoji ketawa.


Varun membalas: “Gigi yang cute dan manis telah menjadikan impian saya satu kenyataan”.  - CARI




Sumber: GETARAN






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.051862 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list