CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2409|Reply: 2

Nazrey Johani Dapat Peluang Kedua Perjuang Nasyid, Tampil Kolaborasi Bersama Zawfan

[Copy link]
Post time 4-4-2023 09:13 AM | Show all posts |Read mode


Bekas vokalis kumpulan Raihan, Nazrey berasa terharu kerana diberi peluang kedua untuk memperjuangkan lagu nasyid yang menggunakan 100 peratus alat muzik pergendangan, kompang atau alat perkusi gendangan.


Nazrey atau Nazrey Johani Abdullah, 51, mengubat kerinduan apabila muncul dengan kolaborasi bersama kumpulan nasyid Zawfan menerusi lagu Bismillahir Rahmanir Rahim.


"Saya sangat berasa gembira dapat memulakan semula selepas 25 tahun tiada lagi lagu-lagu seperti ini.


"Allah beri saya peluang untuk mulakan semula. Waktu saya masih hidup, Allah pilih saya balik untuk memperjuangkan lagu-lagu seperti ini semula," katanya kepada mStar.


Bismillahir Rahmanir Rahim menggabungkan gubahan dan susunan berserta alunan vokal berharmoni di dalam lagu yang pastinya mengimbau nostalgia pendengar kepada nasyid era 90-an.




Malah, Zawfan sendiri mengambil inspirasi daripada muzik-muzik nasyid yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Raihan satu ketika dahulu.


Nazrey sendiri tidak gentar sekiranya nyanyian mereka dibandingkan dengan Raihan kerana menganggap hanya mahu memperjuangkan irama nasyid gendangan.


"Kita sudah sedia maklum bahawa hidup ini akan sentiasa dibandingkan. Itu tidak jadi masalah bagi kami.


"aling penting disini, kemahuan kami dan jiwa kami ingin memperjuangkan kembali lagu-lagu nasyid gendagan yang sederhana.


"Belum ada lagi yang mahu memperjuangkannya setelah 20 tahun lebih lagu nasyid berkembang. Kini, sudah tidak nampak beza antara lagu nasyid atau lagu pop," ujarnya.


Mengulas lanjut tentang penerimaan generasi muda terhadap muzik klasik nasyid, ahli kumpulan Zawfan iaitu Hafiz Tarmizi menjelaskan mereka tidak menolak dengan pembaharuan industri muzik.


Kata Hafiz, mereka percaya kewujudan nasyid asli seperti ini dapat menarik lebih ramai peminat terhadap lagu keagamaan.


"Apa yang Zawfan dan Nazrey bawakan ini, kami tidak menentang pembaharuan atau kemodenan, yang kami buat adalah berdasarkan kerinduan kami kepada muzik akar nasyid yang seakan hilang.


"Kita mahu cuba wujudkan kembali dan kalau boleh dapat menarik lebih ramai peminat nasyid. Bukan atas dasar untuk bertanding dengan Raihan, tetapi memeriahkan kembali industri nasyid," ujarnya.




Nazrey bagaimanapun memberitahu ini adalah masa yang sesuai untuk mewujudkan kembali irama nasyid gendangan kerana percaya masih ramai anak muda yang terbuka untuk menerima genre seperti ini.


"Ini adalah waktu yang tepat untuk generasi baharu untuk mengenal nasyid. Saya yakin kerana saya melihat sendiri anak-anak saya yang berumur daripada 10 tahun hingga 20-an.


"Mereka tidak menolak lagu-lagu nasyid yang seperti ini. Jadi, maksudnya lagu-lagu yang sederhana ini mudah diterima oleh semua orang.


"Saya bersyukur sangat Zawfan mahu memperjuangkan muzik seperti ini. Saya melihat muzik-muzik seperti ini dekat dengan diri kita sebagai orang Islam, yang mana boleh dikatakan kita merupakan sebuah bangsa yang beradab mulia, lembut, tenang dan pemaaf," katanya.




Sumber: mStar















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2023 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bertahun2 dh dia ni duk mtk derma masjid/tahfiz belum selesai kah? Mcm dh lebih 10 tahun aku rasa
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dia kata hari tu dia keluar Raihan sebab tak nak popular dah? Hrmmmmmm. Fishy sangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.045177 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list