View: 1889|Reply: 0
|
Pemain Everton dibenarkan berbuka puasa
[Copy link]
|
|
GUEYE melutut ketika berbuka puasa bersama-sama Doucoure pada perlawanan antara Everton dan Spurs, awal pagi hari ini. FOTO Reuters
Liverpool: Pemain beragama Islam di Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak perlu mengharapkan rakan untuk berpura-pura cedera bagi menghentikan permainan untuk berbuka puasa.
Ini berikutan, pengadil dibenarkan menghentikan permainan bagi membolehkan pemain Muslim berbuka puasa dan ia dapat disaksikan ketika perlawanan antara Everton dan Tottenham Hotspur di Goodison Park, awal pagi hari ini.
Permainan dihentikan pada minit ke-26 bagi membolehkan trio Everton, Andre Onana, Abdoulaye Doucoure dan Idrissa Gueye berbuka puasa di tepi padang.
Pemain lain menggunakan kesempatan itu untuk untuk mendengar arahan pengendali masing-masing sambil minum air.
Spurs yang dibimbing sementara oleh Cristian Stellini mendahului perlawanan menerusi Harry Kane sebelum Michael Keane menyamakan kedudukan pada minit akhir permainan, menjadikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Bagi liga bola sepak lain di Eropah, rakan sepasukan terpaksa mencari jalan untuk menghentikan permainan bagi membolehkan rakan Muslim mereka berbuka puasa.
Ketika aksi Serie A antara Inter Milan dan Fiorentina, Luca Ranieri berpura-pura cedera bagi membolehkan Sofyan Amrabat berbuka puasa.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... arkan-berbuka-puasa |
|
|
|
|
|
|
| |
|