CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2393|Reply: 1

Dua 'Hadiah' Berdakwah

[Copy link]
Post time 4-4-2023 08:57 AM | Show all posts |Read mode


Selepas dua tahun berhijrah dan mendalami agama, pelakon popular, Saharul Ridzwan mengakui banyak cabaran yang dilalui untuk terus kekal istiqamah.


Menurut pelakon filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang ini, proses hijrah dan istiqamah ini adalah satu perjalanan yang sangat panjang sehingga kita meninggal dunia.


Katanya, dia sendiri masih tidak dapat menunaikan solat lima waktu berjemaah secara konsisten di masjid sejak berhijrah.


"Menurut guru saya, solat lima waktu bagi lelaki adalah di masjid dan bagi wanita pula lebih afdal di rumah.


"Wanita atau isteri pula lebih afdal solat di rumah kerana tidak mahu menimbulkan fitnah dan pada masa sama boleh menjaga anak-anak di rumah.


  



"Kalau dulu, saya fikir solat lima waktu lebih baik di rumah kerana saya boleh menjadi imam kepada isteri dan anak-anak," katanya.


Saharul berkata, untuk belajar agama kita tidak boleh berguru atau mencari ilmu dengan carian di Google atau buku agama semata-mata.


"Kita perlu mencari seorang guru agama yang betul untuk membimbing kita dari segi ibadah dan sebagainya. Jika kita berguru dengan Google, akhirnya akidah kita boleh terpesong kerana ada iblis dan syaitan yang akan masuk," katanya.


Berkongsi mengenai penghijrahannya, kata Saharul, banyak proses yang perlu dilakukan dalam usaha menjadi Muslim yang lebih baik.


"Saya masih ingat pesan guru, untuk orang yang mula berhijrah, yang pertama sekali kita perlu menjaga solat dan kedua jaga selawat.


"Kalau dulu kita solat tunggang terbalik, kita perbaiki solat kita di awal waktu, kalau dulu kita banyak qada solat yang tertinggal, pastikan kita solat penuh lima waktu.


"Selepas solat lima waktu, kita belajar buat solat sunat dua rakaat pula sebelum dan selepas, perbaiki bacaan dalam solat dan seterusnya perbaiki bacaan dalam sujud kita," katanya.


Mengulas mengenai jemaah tabligh yang disertainya, kata Saharul, ia adalah satu usaha mengajak orang ramai kembali kepada jalan Allah dan menegakkan syiar Islam.


  



"Jemaah tabligh ini bukan pertubuhan dan ia adalah aktiviti keagamaan serta usaha yang lahir daripada diri sendiri. Kalau nak tahu mengenai jemaah tabligh ni, mereka menunaikan solat berjemaah dan selalu berada di masjid," katanya.


Ditanya penampilannya yang kini berjanggut dan memakai serban pula, Saharul berkata, imej dan pemakaian itu adalah mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.


"esan guru saya, jika kita berdakwah, Allah akan menghadiahkan dua perkara iaitu janggut dan serban. Segenggam janggut ini adalah mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Pemakaian serban juga sunnah Nabi untuk kita menutup kepala,"katanya.




Sumber: HARIAN METRO











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2023 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah jadi terpaling. Apa2 pun semoga istiqomah. Jangan hujung2 di sondol dek betina kat belakang sudah. Kosser plak cikki tu nak kopek2 sabut nyoq.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.058616 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list