CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1733|Reply: 0

Putin Wujudkan Dana Khas Kepada Tentera Dan Keluarga Bertempur Di Ukraine

[Copy link]
Post time 3-4-2023 11:14 PM | Show all posts |Read mode
Presiden Russia, Vladimir Putin hari ini menandatangani dekri bagi mewujudkan dana khas untuk membantu tentera dan ahli keluarganya yang bertempur di Ukraine.


Russia sebelum ini jarang memberikan sebarang anggaran kerugian yang dialami ketika operasi ketenteraannya yang dilancarkan pada Februari tahun lalu, iaitu ketika itu tenteranya mengalami beberapa siri kemunduran.


Dekri menyokong 'Pembela Tanah Air' itu diterbitkan di laman web rasmi kerajaan.






Menurut dekri berkenaan, langkah itu bertujuan untuk memastikan kehidupan yang lebih baik untuk tentera yang terbabit dalam serangan di Ukraine termasuk kepada pasangan dan anak-anak mereka.


Putin mengumumkan langkah sokongan itu di Perhimpunan Persekutuan pada 21 Februari iaitu hampir setahun selepas beliau menghantar tenteranya ke Ukraine.


"Tugas kami adalah untuk membantu keluarga yang kehilangan orang tersayang dan membantu mereka membesarkan anak-anak dengan memberi mereka pendidikan dan pekerjaan," kata Putin.


Putin berkata, bantuan dana itu harusnya disasarkan, bantuan secara peribadi kepada keluarga pejuang yang terkorban serta veteran dalam operasi ketenteraan khas," katanya.




Sumber: BH ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.059161 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list