CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3665|Reply: 0

[Sabah] Lelaki warga asing ditahan disyaki rogol kanak-kanak

[Copy link]
Post time 3-4-2023 08:37 PM | Show all posts |Read mode


TANGKAP: Suspek kes rogol kanak-kanak berjaya ditahan di kawasan rumahnya.
TAWAU: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki merogol kanak-kanak perempuan di Kampung Iban, Merotai Besar, di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada keluarga mangsa.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa yang berumur 12 tahun itu tinggal di kediaman suspek sejak awal bulan ini.

“Bagaimanapun, suspek berumur 32 tahun itu disyaki merogol mangsa secara paksa di sebuah ladang kelapa sawit persendirian berhampiran kampung berkenaan.
“Mangsa bertindak menghubungi keluarganya dan membongkar perbuatan keji suspek, sebelum laporan polis dibuat,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, sepasukan polis daripada Balai Polis Bombalai digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengesan dan menahan suspek.

“Suspek berjaya ditahan di kawasan rumahnya dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.055448 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list