CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3662|Reply: 0

[Sabah] Rumah terbakar, warga emas OKU ditemukan rentung

[Copy link]
Post time 3-4-2023 08:36 PM | Show all posts |Read mode


MUSNAH: Keadaan rumah yang musnah dan mangsa ditemukan rentung akibat kebakaran itu. Gambar ihsan JBPM Negeri Sabah
TUARAN: Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia akibat rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Tagas Jalan Pertanian di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran yang juga Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mohd Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, mangsa berumur 72 tahun dan juga orang kurang upaya (OKU).

Katanya, semasa kejadian mangsa dipercayai berada di dalam bilik tidurnya dan hanya berdua bersama isterinya di rumah terbabit.

"Jika dilihat keadaan kebakaran itu, lokasi mangsa ditemukan dalam bilik sendiri memandangkan rumah itu hanya ada sebuah bilik.

"Mangsa adalah OKU yang menggunakan kerusi roda dan mengalami kecacatan kudung kaki kanan di paras lutut.

"Semasa kejadian, mangsa hanya berdua dengan isteri di rumah itu manakala anak-anak mangsa tinggal berjiran dengannya," katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini hari ini.

Beliau berkata, isteri mangsa segera keluar memanggil anak-anaknya selepas menyedari kebakaran itu.

Bagaimanapun jelasnya, anak mangsa tidak dapat memasuki kawasan rumah untuk menyelamatkan mangsa berikutan keadaan api yang marak.

Menurutnya, Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.35 malam.

"Pasukan bomba mendapati mangsa rentung dan disahkan meninggal dunia pada jam 11.57 malam di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis pada jam 1.25 pagi untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan dijalankan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.34 pagi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.057427 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list