CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3618|Reply: 0

[Sabah] Maritim Malaysia rampas 600 kotak rokok seludup

[Copy link]
Post time 3-4-2023 08:33 PM | Show all posts |Read mode


SELUDUP: 600 kotak rokok putih yang cuba diseludup dari negara jiran berjaya dirampas pasukan Maritim Malaysia Zon Maritim Lahad Datu.
LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu berjaya menggagalkan cubaan seludup melibatkan sebanyak 600 kotak rokok putih.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu Komander Maritim Nik Mohd Rizam Nik Mohd Fauzi berkata, rampasan kesemua rokok seludup berkenaan dianggarkan bernilai hampir RM8,000.

Katanya, bot peronda Maritim Malaysia semasa Op Pluto Timur berjaya mengesan pergerakan sebuah bot dalam keadaan yang mencurigakan kira-kira jam 8.30 malam tadi di kawasan perairan Sungai Timbadu dekat sini.

Menurutnya, pengemudi bot berkenaan bertindak meloloskan diri dengan memecut laju bot sebelum melarikan diri ke kawasan Perairan Sungai Timbadu.
Beliau berkata, semasa aksi kejar-mengejar, suspek sempat membuang tiga bungkusan plastik berwarna hitam.

"Hasil pemeriksaan ke atas bungkusan yang dibuang mendapati sejumlah 600 kotak rokok putih dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan dengan anggaran nilai hampir RM8,000.

"Kesemua barang rampasan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967. Maritim Malaysia akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi mengekang sebarang perlanggaran undang-undang dan perlakuan jenayah di Zon Maritim Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai khususnya komuniti maritim untuk bekerjasama menyalurkan maklumat ataupun aduan ke Zon Maritim Lahad Datu yang beroperasi 24 jam di talian 089-885727 atau Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.062301 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list