CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3612|Reply: 0

[Sarawak] Setiap perayaan dirai bersama, kukuhkan budaya rakyat yang pelbagai di Sarawak: Uggah

[Copy link]
Post time 3-4-2023 08:20 PM | Show all posts |Read mode


Dr Sim menerima cenderamata daripada Chin pada majlis Sambutan Tahun Baharu Komuniti Bahai di Kuching, malam Ahad. -Gambar UKAS

KUCHING: Setiap perayaan yang diraikan di Sarawak menjadi platform untuk mengukuhkan budaya rakyatnya yang pelbagai.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia juga menjadi medan untuk rakyat mempelajari dan meraikan budaya orang lain.

Katanya, Sarawak yang terdiri daripada masyarakat berbilang budaya, etnik dan agama amat menghargai keamanan, keharmonian dan perpaduan rakyat yang merupakan asas kemakmuran masa depan.

“Mengiktiraf kesatuan kita sebagai kemanusiaan dan berusaha ke arah itu boleh membawa masyarakat untuk lebih memahami dan menangkis sebarang halangan yang wujud bukan sahaja melibatkan perbezaan agama, malah juga melangkaui halangan sosial dan etnik.

“Oleh itu, mari  kita terus berinteraksi sesama kita tanpa mengira kepelbagaian bangsa dan kepercayaan agama kita,”katanya.

Uggah berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibaca oleh Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian pada majlis Sambutan Tahun Baharu Bahai (Naw-Ruz) di sebuah hotel di sini, malam Ahad.

Hadir sama, Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) Datu Jack Aman Luat, Pengerusi Perhimpunan Rohani Bahai Sarawak Chin Chia Chau, Setiausaha Agung Perhimpunan Rohani Bahai Sarawak Dr. Shehab Phung serta tetamu kehormat lain.

Mengenai majlis itu, Uggah berkata, sejarah kepercayaan Bahai di Sarawak telah bermula sejak tahun 1951.

“(Dan) hari ini, kira-kira 50,000 komuniti Bahai di seluruh Sarawak yang tersebar di 401 lokaliti di negeri ini mewakili penduduk pelbagai etnik, budaya dan sosio-ekonomi.

“Komuniti ini termasuk Iban, Cina, Bidayuh, Melanau, Kayan, Salakau, Penan dan India,” jelasnya.

Di Sarawak, katanya, penganut Bahai meraikan (sambutan tahun baharu Bahai) dengan mengadakan rumah terbuka dan perhimpunan komuniti di rumah panjang atau di kampung dan juga di kawasan bandar.

“Ia merupakan masa untuk meraikan, bertemu dan berdamai dengan rakan-rakan.

“Di Hemisfera Utara pula, ketika ini sudah masuk musim bunga yang berwarna-warni dengan pelbagai makanan lazat untuk dikongsi dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan,” kata Uggah.

Komuniti Bahai meraikan sambutan tahun baharu mereka pada 21 Mac yang lepas selepas berpuasa selama 19 hari dari 2 hingga 20 Mac.

Hari tersebut adalah simbol pembaharuan, satu peristiwa apabila semua orang dapat mengamati realiti rohani dan bagaimana mereka boleh menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.056538 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list