CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3617|Reply: 0

[Sarawak] 13 individu jadi operator kendali judi dalam talian ditangkap

[Copy link]
Post time 3-4-2023 08:16 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Polis memberkas 13 individu dipercayai terlibat sebagai operator pengendalian judi dalam talian menerusi serbuan yang dilaksanakan di kawasan perumahan, Jalan Stampin di sini, semalam.


Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, semua suspek lelaki yang diberkas oleh Cawangan D7, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching itu terdiri daripada tujuh warga tempatan dan enam warga asing berusia antara 18 hingga 36 tahun.
Menurutnya, suspek yang ditangkap itu telah menjadi operator judi dalam talian sejak tiga bulan lalu dengan bayaran gaji RM1,500 sebulan selain turut menerima bonus berdasarkan peratusan yang diperolehi.

"Kesemua suspek merupakan operator yang telah diupah mengendalikan pusat judi dan mereka akan membuat panggilan kepada pelanggan sebagai salah satu cara mempromosikan judi.

"Selain membuat panggilan telefon, kesemua operator itu mempromosikan judi menerusi beberapa aplikasi di laman sosial iaitu WhatApp, Telegram, Wechat, Skype dan Facebook," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman menambah, dalam tangkapan itu, pihaknya berjaya merampas pelbagai peralatan yang digunakan untuk aktiviti berkenaan termasuk sembilan unit monitor komputer, sembilan unit pemprosesan komputer (CPU), 26 telefon bimbit, router, modem dan peralatan lain.

"Pada masa yang sama, polis kini turut mengesan pemilik sebenar kediaman yang digunakan untuk operasi judi berkenaan," tegasnya.

Menurutnya lagi, berdasarkan transaksi serta rekod pendapatan yang disemak, dipercayai jumlah keuntungan kasar yang diperolehi menerusi aktiviti ini mencecah RM1,000 sehari dan boleh mencecah sehingga RM30,000 sebulan.

Justeru, ujarnya kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan permohonan reman ke atas kesemua tangkapan telah dibuat harii ini di Mahkamah Kuching.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.047367 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list