CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3174|Reply: 0

[Sarawak] Hospital Miri tidak terjejas dengan mogok doktor

[Copy link]
Post time 3-4-2023 08:14 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Operasi Hospital Miri tidak terjejas dengan mogok doktor yang dilaporkan dilancarkan di seluruh negara bermula hari ini.

Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong ketika dihubungi bagi bertanyakan mengenai isu tersebut mendedahkan, walaupun terdapat beberapa doktor yang mengambil cuti namun ia tidak menjejaskan operasi di hospital itu.

"Kami mempunyai beberapa doktor yang mengambil cuti, tetapi perkhidmatan kami tidak terjejas," jawabnya.

Pergerakan doktor kontrak dikenali sebagai Mogok Doktor Malaysia, telah mengancam peletakan jawatan beramai-ramai dan melancarkan mogok di seluruh negara bermula 3 hingga 5 April.

Pada Ahad, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dilaporkan berkata, hospital kerajaan dalam keadaan berjaga-jaga terhadap mogok tiga hari itu yang akan melibatkan 8,000 doktor dan sebagai sebahagian pelan kontingensi, pengarah kesihatan negeri dan pengarah hospital telah diminta berjaga-jaga.

Di tengah-tengah mogok itu, beliau memberi jaminan bahawa operasi hospital dan klinik tidak akan terjejas sekiranya mogok itu berlaku.


https://www.utusanborneo.com.my/2023/04/03/hospital-miri-tidak-terjejas-dengan-mogok-doktor

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.207752 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list