CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4354|Reply: 2

Pegawai Penguat Kuasa Direman Terima Rasuah Rm2,500 Daripada Keluarga Banduan

[Copy link]
Post time 3-4-2023 04:15 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pegawai penguat kuasa direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah berjumlah RM2,500 daripada keluarga banduan.


Perintah reman terhadap suspek yang berusia 32 tahun yang bertugas di sebuah agensi penguatkuasaan di negeri ini dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.


Penahanan suspek bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.






Suspek sebelum ini ditahan di pejabat SPRM Kemaman kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan.


Suspek dikatakan menerima rasuah berjumlah RM2,500 daripada keluarga seorang banduan sebagai cara untuk membenarkannya menerima layanan istimewa di penjara.


Dia sebelum itu dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu bagi mendapatkan perintah reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.





Sumber: BH ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2023 06:06 PM | Show all posts
Padan muka…
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
layanan yg mcm mana tu. bila kantoi camni, habihla yg dok dalam tu mesti kena lagi terok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.040876 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list