CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5320|Reply: 11

Warung 'Port' Kaki Ponteng Puasa Lengkap Cctv Diserbu

[Copy link]
Post time 3-4-2023 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Warung dalam kampung berhampiran sawah padi yang menjadi 'port' kaki ponteng puasa diserbu pegawai Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), hari ini.


Hasil pemantauan mendapati, warung yang terletak di Kampung Paya Stesen, di sini itu turut dilengkapi kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di luar untuk memantau pihak berkuasa.


Pemeriksaan di dapur pula turut menemui pelbagai jenis lauk yang masih panas serta dua periuk nasi dengan satu daripadanya sudah habis.


Namun kehadiran pihak berkuasa ke warung terbabit berjaya dihidu geng kaki ponteng puasa dan peniaga warung terbabit yang sempat melarikan sebelum penguat kuasa tiba, 11.20 pagi tadi.




Turut ditemui, bungkusan mengandungi minuman sejuk dalam tong ais yang dipercayai untuk kaki ponteng puasa yang dijual secara pandu lalu.


Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu, Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh berkata, operasi Op Bersepadu Ramadan hari ini dilakukan di Sintok, Kampung Paya Stesen, Pekan Kodiang dan Taman Bersatu, di sini.


"Operasi turut disertai Bahagian Penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) serta Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu yang keseluruhannya seramai 28 orang.


"Operasi bermula jam 10 pagi hingga 12.30 tengah hari tadi," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


Turut serta dalam operasi itu, Pengarah Jabatan Penguat kuasaan MPKP, Wan Mohd Helmy Wan Daud.


Muhammad Suhaimi berkata, taktik yang dilakukan kaki ponteng puasa ini masih sama malah ada yang sanggup membeli makanan di kedai makan bukan Islam.


"Sekiranya mereka ditahan kerana tidak berpuasa, kita akan siasat kes mengikut Seksyen 14 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.


"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.




Sumber: HARIAN METRO



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2023 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata negeri kjaan isle tapi ramai tak puasa..

Kalo gini baik dok negara kapir jah..boleh puasa aman2,takde org ponteng puasa mcm kat sini





Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg I x paham org x pose ni, kenapa x mkn kt rumah they ols je?
Perlu ke mkn kat kedai/rumah ore?
Msk je lah kt rumah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 03:08 PM | Show all posts


Legend.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 03:12 PM | Show all posts
mawardia replied at 3-4-2023 03:06 PM
Yg I x paham org x pose ni, kenapa x mkn kt rumah they ols je?
Perlu ke mkn kat kedai/rumah ore?
Msk ...

malu dekat anak bini x pose. aku kenal dgn sorang pak cik nie. bulan puasa masak maggi dalam ladang. ajak pekerja indon makan sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 3-4-2023 03:12 PM
malu dekat anak bini x pose. aku kenal dgn sorang pak cik nie. bulan puasa masak maggi dalam ladan ...

Oh kisahnyaaaa.
Make sense also.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2023 03:33 PM | Show all posts
mawardia replied at 3-4-2023 03:29 PM
Oh kisahnyaaaa.
Make sense also.

anak bini bagus. tapi tak kan nak tjk perangai buruk depan keluarga. salah satu penyebabnya tak percaya Tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 06:04 PM | Show all posts
advance bakoba
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2023 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mawardia replied at 3-4-2023 03:06 PM
Yg I x paham org x pose ni, kenapa x mkn kt rumah they ols je?
Perlu ke mkn kat kedai/rumah ore?
Msk ...

Teringat cite 15 puasa,adlin aman ramli berlakon jd suami yasmin ahmad.

Camtu laa dia tak puasa tp nk mkn tu kemain susah, nk mkn kat umah line tak clear.
Sana sini la bawak nasi nk makan mcm2 halangan ada.
Sampai masuk hutan ujung2 terpijak jerat ayam hutan tak memasal tergantung plak kat pokok.
Apa pun tak dapat, time tu dah ptg nak masuk waktu berbuka. Org berpuasa pun dh selamat mkn awak tergantung la sepi gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm islam takda hukuman kepada yg tak puasa hanya kena ganti puasa atau bayar fidyah.

Swmoga menjawab di akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 3-4-2023 06:08 PM
Teringat cite 15 puasa,adlin aman ramli berlakon jd suami yasmin ahmad.

Camtu laa dia tak puasa t ...

Satu2nya drama edisi puasa yang tak pernah dapat tengok.. rasa2 sekarang boleh tgk kat mana2 tak
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 3-4-2023 10:28 PM
Satu2nya drama edisi puasa yang tak pernah dapat tengok.. rasa2 sekarang boleh tgk kat mana2 tak

Kalau tak silap Iols tgk kat youtube, ada je try la cari.Tajuk dia Lima Belas Puasa 1971.
Kisah berlatar belakangkan tahun 1971.
So bila tgk nostalgia je rasa, ada almari simpan lauk bagai tu.
Cite tu lama dah tahun 2004 dulu, watak adlin takde dialog pun sgt iols rasa dia mcm tak bercakap langsung pun huhu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.115079 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list