CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3628|Reply: 0

[Johor] Kad 'ditelan,' lelaki pecahkan skrin mesin ATM

[Copy link]
Post time 3-4-2023 01:56 PM | Show all posts |Read mode

LOKASI kejadian. FOTO ihsan Polis

Iskandar Puteri: Gara-gara kad ATM 'ditelan' ketika melakukan transaksi di bank di Taman Nusa Bestari di sini, seorang lelaki memecahkan skrin ATM di bank berkenaan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, suspek, 35, ditahan berdekatan lokasi kejadian dan siasatan awal mendapati suspek berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian itu.

"Anggota Unit rondaan Bermotorsikal (URB) Bahagian Pencegah Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Iskandar Puteri menangkap suspek yang disyaki melakukan khianat pada harta benda.

"Pemeriksaan mendapati suspek memecahkan skrin salah sebuah mesin ATM di bank tersebut.

"Suspek juga menendang tong sampah yang mengandungi resit bank dalam bank terbabit akibat geram," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Rahmat kes disiasat mengikut Seksyen 427 kanun keseksaan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kan-skrin-mesin-atm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.085144 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list