CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13974|Reply: 95

Tak Tahu Perkembangan IG Sebab Disekat, Ali Puteh Sedih Keluarga Tak Dapat Jumpa Anak Abam

[Copy link]
Post time 3-4-2023 11:58 AM | Show all posts |Read mode
"Takkan saya nak tunjuk yang saya pun sudah disekat. Apa yang boleh saya katakan adalah saya tidak tahu menahu mengenai Instagram milik arwah abang saya."



Kredit foto: IG




Rupa-rupanya Ali Puteh langsung tidak tahu-menahu perkembangan akaun media sosial Abam Bocey selepas pelawak itu meninggalkan dunia yang fana ini tiga tahun lalu.


Bukan itu sahaja, Ali atau pemilik nama penuh, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan keluarga turut disekat daripada melihat akaun Allahyarham.

"Apa pun, Instagram ini hanya sekadar permainan industri. Apa yang penting adalah untuk memberikan bacaan Al Fatihah buat arwah abang saya.

"Bukan apa, sekiranya tidak boleh melihat akaun itu takkan saya hendak paksa pula. Bukan baru sehari dua, namun sudah bertahun sebenarnya," katanya kepada Harian Metro ketika rakaman Melodi Raya di Luxury Garden Hall, Cyberjaya, baru-baru ini.




  



Tambah Ali, kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali turut menolak alternatif untuk berdamai di luar mahkamah.

"Sebenarnya jalan untuk berdamai itu yang saya pilih namun ditolak. Mungkin jika ingin berdamai lagi akan bertambah hal. Bukan tak nak bayar, cuma kalau boleh nak bayar secara ansuran.

"Namun, permohonan itu pun ditolak, jadi mesti ada yang tidak kena. Saya cuma memikirkan arwah anak abang saya yang berada di situ. Selepas tiga tahun arwah Abam meninggal dunia pun kami tidak dapat berjumpa dengan Hamzah.

"Bukan saya saja, malah arwah mak saya meninggal dunia pun tak berjumpa. Saya bukan nak salahkan sesiapa, cuma akan mencuba juga sebaik mungkin untuk bayar secepat mungkin," katanya.




Kredit foto: IG




Berhubung hal bayaran RM60,000 yang diperintah Mahkamah Sesyen 18 Februari tahun lalu, pelawak itu memaklumkan proses pembayaran akan diselesaikan sebelum raya.


Terdahulu, Ali diperintah membuat pembayaran itu kepada balu Abam kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram (IG), dua tahun lalu. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2023 12:02 PM | Show all posts
tiberrrr...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 12:02 PM | Show all posts
berdamai tp dok bok bek bok bek ckp merapu2 pasal dayah
mmg tidak laa org tu nak hadap kau..

org gini mmg xle dibuat baik
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 12:04 PM | Show all posts
Nak berdamai konon. Baru bulan lepas kau fitnah dayah tabur benda tak elok luar rumah kau.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh kata dah nak habis bayo
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 12:06 PM | Show all posts
lar pulak. kaki putar belit sungguh lar

tetap nak memburuk kan sebelah sana

kalau nak berdamai memilih media semasa memang takan ada jalan penyelesaian.

berjumpa lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2023 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk berdamai terus lepas dayah ckp ade org sihir dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 12:46 PM | Show all posts
putar halimmmmm putarrrrr.................

dia bc forum ke ehh?
korg jgn la bg idea bukan2....dia nih jenih xreti berfikir aku rasa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2023 12:49 PM | Show all posts
sape la yg duk follow dia lg kt ig... haihh
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 12:49 PM | Show all posts
huru hara la statement ko ni ali..


Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 01:32 PM | Show all posts
Propa sangat kau ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm la ko tk tau mana dayah tinggal ali oiii
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 01:44 PM | Show all posts
statement tetap lah nak memburukkan Dayah, konon Dayah blocked dia
Dayah tak bawa Hamzah masa Mak dia meninggal
oi Litam, ko bukan tak tau mana Dayah duduk
pastu dan dan ar nak berdamai, atas alasan apa
nak berbincang tentang bayaran ansuran
kalau tak ada ke ko nak berdamai ngan Dayah tu
dasar mulut busuk
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 01:52 PM | Show all posts
Menipu kerja kau. No telefon ada, alamat rumah pun kau tahu. Rasa memang patut dayah block kau kat ig, buat naik darah je baca kau punya auta
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cik_Sally at 3-4-2023 01:56 PM

Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bengong lh orang percaya dia ni lagi Lepas apa yg dia Dah buat dengan dayah dengan Hamzah Tu…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2023 02:35 PM | Show all posts
Lah tiber sekarang baru nak jumpa anak sedara ko tu.. Btw tak nampak langsung muka ko ali gmbar atas tu, nampak mcm halimunan je hah
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 02:48 PM | Show all posts
dayah pun trauma berurusan dgn org otak senget hitam oii. Baru haritu hg fitnah dia sihirkan laki dia sendiri.

Kalau aku dayah aku saman hg lg sekali biaq hg kena byq lagi 60k baru ada akai
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 02:53 PM | Show all posts
Ni lagi 1 perangai hamlau!  keje nak menipu jer. ko ingat netizen ni BODOH ke Ali?

Sapa yg buat onar dulu? Dayah ke Kau?

Sekarang makin byk ko melalut sbb hati hitam ko tak tenang.

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena block kat ig la pulak
Takkan jalan nak gi rumah mak pak dayah tu pun ada roadblock jugak?
Busuknya alasan ko
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.043112 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list