CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5432|Reply: 23

"Kalau Awak Tak Biasa Masak..." - Isu Minyak Banyak, Khairul Aming Tampil Beri Respon

[Copy link]
Post time 3-4-2023 10:52 AM | Show all posts |Read mode


Personaliti media sosial, Khairulaming yang terkenal dengan perkongsian masakan tampil menjawab teguran orang ramai termasuklah pakar perubatan terkenal, Dr Rafidah Abdullah mengenai menu disediakannya yang dianggap tidak sihat kerana menggunakan banyak minyak.



Menerusi sebuah video dimuat naik di Instagram miliknya, dia sebagai 'content creator' masakan turut bertanggungjawab berkongsi realiti sebenar serta cara asal penyediaan makanan yang mungkin tidak disedari oleh masyarakat.



"Kita boleh buat semua tu, kurangkan minyak, tukar resipi dan bahan tapi jadi tak sedap macam yang asli. Kalau kita nak sambal sedap, kita kena masak dalam minyak banyak supaya pecah minyak.



"Kalau nak ubah, boleh tapi jadi tak sedap macam yang asal, itu saja.



"Saya tunjuk kena pakai berapa sudu gula, minyak semua tu sebab saya nak bagi realiti. Itulah cara sebenar makanan disediakan di luar sana. Kalau awak tak biasa masak, pergi kedai makan, awak tak rasa bersalah sangat.



  



"Tapi, apabila saya tunjuk video masak, orang kata banyak minyak. Sebenarnya sama saja macam kat kedai makan. Cuma kita tak sedar, sebab kita tak pernah masak benda tu," katanya.



Dalam pada itu, Khairul juga berkata terpulang kepada individu untuk mengubah menu tersebut menjadi lebih sihat dan pilihan ada di tangan masing-masing sama ada mengekalkan bahan resipi tersebut atau sebaliknya.



Menerima segala teguran dengan hati terbuka, kata Khairul lagi, dia sendiri pernah berhadapan dengan masalah obesiti sekali gus memahami sentimen yang dilemparkan kepadanya di mengenai isu kesihatan dalam pemakanan.



  



"Saya setuju, kesihatan adalah nombor satu. Empat bulan lepas, berat saya 113 kilogram (kg) dengan tinggi 184 sentimeter (cm). Jadi Indeks Jisim Tubuh (BMI) saya sangat tinggi, kategori obesiti.


"Ini saya sekarang, berat 100 kg. Maknanya saya dah hilang 13kg. BMI saya masih terlebih berat tapi saya dah keluar daripada kategori obesiti. Lemak badan juga turun 44 peratus kepada 29 peratus," ujarnya.


Menurut Khairulaming, dia juga pernah mencuba untuk makan secara sihat namun tidak berupaya mengekalkan dietnya. Sebagai solusi kata Khairulaming, dia tetap menikmati semua masakan yang sedap, namun akan mengawal jumlah pengambilannya.


Terdahulu Dr Rafidah menegur Khairulaming secara terbuka di Twitter gara-gara video penyediaan sambal hijau menggunakan kuantiti minyak yang sangat banyak.


Kata Dr Rafidah, Khairulaming perlu lebih peka tentang masalah kesihatan rakyat Malaysia yang semakin merudum. - CARI




Sumber: IG KHAIRULAMING





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2023 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus aming ni..berhemah je jawapan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 11:20 AM | Show all posts

bagi aku masakan dia tu biasa2 jer pun
standard biasa2 jer pun, idok la woww sgt..

cuma acik2 pprt, gundu yang tak reti masak ler tu
yang beriya laaa sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa nk bandingkan dengan cara masakan kt kedai. Menu sahur tu kau ajar masak dari rumah kan. Biasanya masakan sendiri lebih sihatlah. Tak biasa masak apanya. Kau yg tak biasa masak makanan sihat

Defensive tak bertempat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 01:01 PM | Show all posts
sb yang menegur tu dr rafidah, iols sokong KA kihkihhh.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok aje dia masak. Normal la masak sambal macam tu. Kalau terlebih minyak, buang ajelah kan senang. Dia jawab pon cool aje.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2023 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
semuanya bermula dr pemakanan kita..btul la tu doc tu tgur...tgkla bape ramai yg muda2 kolestrol tggu,darah tggi,kncing mnis tggu..gerd..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 02:34 PM | Show all posts
realitinya memang kalo masak sambal kena minyak lebih sebab nak bagi sambal tu garing dan sedap.. selalu nya lepas masak, minyak yang lebihan dalam sambal tu akan kita buang.. aku rasa KA pun buat benda yang sama mcm mak2 masak.. tapi xde la dia nak tunjuk dalam video dia buang minyak lebih.. kita ni tengok cara dia masak sebab nak resepi. nanti pandai2 la olah buang minyak lebihan tu sendiri.. doctor ni mungkin jarang memasak, so tak tahu petua2 masakan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2023 04:35 PM | Show all posts
bila masak ni, tak ada betul atau salah..
yang ada cuma sedap atau tidak
resepi memang pelbagai..
cumanya ada orang olah resepi ikut tekak lepas tu claim resepi ori sekian-sekian..

dia tunjuk resepi dan cara masak..
kalau tak kena tekak, olah je la bagi kena..
tapi lepas tu jangan memekak kalau masak tak jadi..
dari kecik mak kau sumbat makanan bergoreng berlemak berminyak, tetiba itu tak boleh ini tak boleh..
orang tak reti masak je tak reti nak buang minyak lebih kat makanan..
bedal asal boleh..

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 04:44 PM | Show all posts
alahai dr rafidah pun
ko yang mkn sihat pun muka tgk mcm tak sihat
tu mesti sejenis semua benda xleh makan
nak org ikut tekak dia jer
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 12:39 PM | Show all posts
Bagus cara Amin jawab. Tak butthurt, sopan je. Kita pun masak minyak banyak, cepat garing sambal tu. Dah sejuk, cedok buang la minyak tu. Kalau tak suka, tak payah ikut. Kita suka tengok je, buatnya tidak sebab anak2 kecik ni tak makan sangat resepi Amin ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sruh dr rafidah to g tegur tokri msak.berani ke x.pnuh minyak klo msak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo minyak kurang, sambal tak berapa garing..nanti sakit perut orang yang makan

Aku rasa doc tu tak makan sambal, dia makan masak bening je
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
knp aku rasa dia ni bottom
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
nanasno replied at 3-4-2023 01:01 PM
sb yang menegur tu dr rafidah, iols sokong KA kihkihhh.

KA patut sound doctor mulut tu jangan nak bebel sangat, suka post panjang panjang kat fb. Rawat pesakit kat spital dah la, ni nak rawat dari jarak jauh pesakit lain yg dah tak caya doktor masing masing, boleh merundum tahap kesihatan negara.

Ok tak simbah minyak lepas sahur?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 3-4-2023 04:35 PM
bila masak ni, tak ada betul atau salah..
yang ada cuma sedap atau tidak
resepi memang pelbaga ...

I ingat kecik kecik dulu, minyak goreng ikan tu kira macam kuah la jugak lubricate nasik waktu makan, sedap kot masin masin je minyak tu berperisa. takde nak lapik tissue macam parents moden zaman sekarang hikhik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2023 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu awal2 aku try masakan sihat sebab nak family aku sihat. Now aku nk masakan sedap sebab tak guna makanan sihat tp fmly aku xkenyang atau tak habis sebab tak kene dengans elera 1 family. Aku setuju ngn KA makan sedap2 and control portion.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
KA ni bagus cara dia respon, sblm ni pn org komplen pasal sambal nyet dia tu, dia reply dgn berhemah sgt siap sume statistik keluar, bukan jenis defensive sgt...i team KA
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 03:38 PM | Show all posts
tak minat pon dia tapi nak setuju apa dia cakapkalau sambal kurang minyak, rasa dia pon kureng
macam kering,rasa hangit
tapi idok la sampai sambal 'minyak' penyet.
minyak cukup-cukup je
kesimpulan-tak lebih, tak kurang,berpada-pada

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2023 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
irvene replied at 4-4-2023 10:43 PM
knp aku rasa dia ni bottom

Radar berdenting ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 23870 Replies : 680
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 17234 Replies : 24
‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700 – Rakyat Malaysia Ini Tak Menyesal Jadikan Kereta Sebagai Rumah.Anda kehairanan?
YgBenar‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700
Views : 4519 Replies : 33
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33426 Replies : 92
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 16425 Replies : 7
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 17788 Replies : 7
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 15508 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 90604 Replies : 2834
AKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA, MK K-CLIQUE, ZAHIRIL ADZIM] 7PM ISNIN - JUMAAT
eddlisa_uyukAKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA
Views : 3851 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.339453 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list