Balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah mendakwa dirinya terkena perbuatan sihir sejak suaminya meninggal dunia.
Hidayah atau Siti Nor Hidayah Mohd Ali, 31, menerusi perkongsian sebuah video yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya turut mendedahkan perbuatan sihir itu juga terkena kepada anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 4 tahun.
“Saya terkena sihir sejak suami meninggal sehingga sekarang,” katanya.
Hidayah memohon bantuan orang ramai agar dapat membantunya mencari pakar dalam perubatan Islam bagi merawat dia dan anaknya.
“Saya minta tolong kepada sesiapa yang kenal pakar perubatan Islam, ustaz atau sesiapa yang mempunyai kepakaran untuk merawat penyakit mistik dialaminya.
“Tolong bantu rawat penyakit saya dan Hamzah yang terkena sihir,” jelasnya.
Untuk rekod Hidayah dan Abam mendirikan rumah tangga pada 2017.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun. -
CARI
Sumber: IG Abam_Bocik