CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13106|Reply: 15

Zalina Azman masih belum pulang?

[Copy link]
Post time 2-4-2023 10:16 PM | Show all posts |Read mode
'Pulanglah Zal'

Ras Adiba bersama Zalina.

Kuala Lumpur : Personaliti TV, Datuk Ras Adiba Radzi memuat naik hantaran di media sosial berupa harapan agar sahabatnya yang juga bekas pengacara TV3, Zalina Azman yang hilang lebih setahun lalu segera pulang.

Dalam hantaran di TikTok itu, Ras Adiba memuat naik rasa rindu dan harapannya yang turut disertakan dengan gambar Zalina.

"Hai Zal. Zal kat mana? Raya tak lama lagi. Pulanglah. Kami rindu," tulisnya.

Terdahulu, pemilik nama sebenar Zalina Shaharah Azman dilaporkan hilang sejak November 2021, apabila anak lelakinya, Mikhael Norman, 34, membuat laporan polis berhubung kehilangan ibunya pada 29 November tahun lalu.

Zalina dilaporkan hilang selepas Mikhael gagal menghubunginya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, bagaimana Ras Adiba terus bersikap optimis dan yakin bahawa Zalina akan pulang ke pangkuan keluarganya.



Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/2023/04/952516/pulanglah-zal

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2023 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Hilang terus zal ni ye hidup lg ke ntah jgn nnt 10/15 thn mndtg br tahu dia dh meninggal kt area rmh dia tu tgk rmh tu pon seram suram
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku mcm rasa dia dah takde..huhu!
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik la org hilang dlm msia takde sapa nampak. Ni bukan zaman 80an 90an. I pon rasa dia da takda.  
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama sgt hilang, rasa mcm dh xbernyawa dh.. sedih ye
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena check account bank zalina ni..mesti Ada transaction kat mana2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2023 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Yihhhh. Seriously aku dah buhsan kisah Acik Zalina ni. Sah2 la dah takde. Lama sgt dah. Move on jelah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 2-4-2023 11:24 PM
Yihhhh. Seriously aku dah buhsan kisah Acik Zalina ni. Sah2 la dah takde. Lama sgt dah. Move on jela ...

Amboi. Dia hilang tanpa ending.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2023 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita dia ni sangat misteri. Lepastu kawasan dia duduk tu pun menakutkan. Kesian sangat. Harap2 takde apa2 lah terjadi dekat dia. Anita sarawak yang hilang begitu saja tu pun orang tahu berita walaupun tak nampak pun dia.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 12:31 AM | Show all posts
kalau dah takda pun ahli keluarga mesti nak ada kubur jugak. bahaya nok kalau pompuan2 hilang tak dikesan ni takut ada pemangsa di negara kita ni.

tu lah kalau ada kawan2 makcik2 yg single tu tengok2 kan la sekali sekala, calling2 je pun dah ok. kita risau psl orang kat luar ni tak semua baik2.




Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm dia dah takde. Takkan begitu lama takde orang jumpa dia....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian ye, kalau dah takda pun apa la yg dia alami sorang2 tu. Baik la tau ending dari tak tahu hidup ke tak. Dulu iols rasa sheols menghilangkan diri sebab nak mula hidup baru, now iols rasa sheols dah takda di dunia ini
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
I rasa mungkin ada somebody did something to her ...tak kan no trace at all
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 07:22 AM | Show all posts
aku pun rasa dia dah takde


aku baru tgk K drama Youths of May...lepas 40 tahun hilang baru dapat closure bila jumpa rangka dan barang personal heroin. Rupanya heroin tu dah mati di tembak masa riot
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by winky1 at 3-4-2023 07:28 AM

She doesn't want to be found.
Mcm mh370
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia cam ghaib saja. Tiada aktiviti bank mau pun hp.

Waktu dia hilang rumah pun tengah renovation so xde tanda dia nak hilangkan diri sendiri.

Maybe dia dah takde. So sad.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.067893 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list