CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17352|Reply: 10

Menakutkan! Dua Lelaki Muncul Tengah Malam Di Balkoni Rumah Tingkat 12

[Copy link]
Post time 2-4-2023 04:01 PM | Show all posts |Read mode
Rumah pasangan hampir diceroboh orang tidak dikenali.


Seorang wanita berkongsi pengalaman ngeri yang berlaku ke atas dia dan suami ketika sedang bersantai di ruang tamu kondominium mereka yang tidak dinyatakan lokasi.


Menurut Phoebe Shafinaz, kejadian berlaku pada jam 12.43 malam apabila suaminya tiba-tiba menjerit sebaik saja ternampak susuk tubuh manusia di balkoni rumah.


“Saya sentiasa paranoid tentang keselamatan diri dan orang tersayang. Hari ini (30 Mac) terbukti bahawa ada bagusnya menjadi seorang yang paranoid.


“Saya sedang tengok-tengok telefon apabila suami tiba-tiba menjerit. Saya angkat kepala dan melihat seorang lelaki dengan ketinggian kira-kira 6 kaki di balkoni.


“Lelaki itu cuba buka sliding door dan kami nampak ada seorang lagi lelaki baru saja turun ke balkoni dari tingkat atas,” katanya yang berkongsi tentang kejadian itu di Twitter.


Ceritanya lagi, walaupun mereka berdua dalam keadaan panik pada ketika itu namun suaminya memberanikan diri berlari ke arah pintu bagi memastikannya ia dikunci dengan sempurna.


Ketika itu, suaminya dikatakan berada terlalu rapat dengan penceroboh di luar yang kemudiannya meminta mereka diam.


“Saya berlari ke arah suami dan menariknya dari pintu untuk pastikan dia selamat. Kemudian saya menghubungi polis, pengawal keselamatan dan menghantar mesej SOS (kecemasan) dalam WhatsApp grup kondo.


Guna kayu buat sendal pintu.


Bagaimanapun, dia masih terus berfikir apakah tujuan lelaki itu memanjat dari balkoni ke balkoni.


“Beberapa perkara terus berlegar di fikiran saya. Apa akan jadi kalau kami tidak mengunci pintu? Apa yang akan berlaku kepada kami jika lelaki itu berjaya masuk? Apa yang akan berlaku jika kami sudah tidur? Bagaimana jika mereka masuk, menjadikan kami tebusan atau memaksa kami melindungi mereka?.


“Saya pun buntu. Saya tak mahu fikir negatif. Saya mahu percaya bahawa lelaki itu hanya melarikan diri dari sesuatu dan hanya lalu di rumah saya,” ujar wanita itu yang unitnya terletak di tingkat 12.



Apabila melihat lelaki itu, katanya, ia bagaikan mimpi ngeri jadi realiti kerana perkara itu benar-benar berlaku seperti yang pernah dibayangkan selama ini.


"Sebab itu saya selalu paranoid. Tak ada yang mustahil untuk berlaku pada zaman ini. Apa-apa saja boleh terjadi. Sejak pindah ke sini, saya selalu membayangkan ada orang asing di balkoni dan hari ini ia berlaku," katanya.


Dalam masa sama, terselit juga rasa terharu melihat tindakan suaminya yang sanggup melindunginya dalam apa jua keadaan.


“Suami betul-betul sanggup mempertaruhkan keselamatannya sebab nak kunci pintu. Kami tak dapat tidur semalaman selepas kejadian itu.


“Jadi suami tempah hotel hanya supaya kami boleh tidur beberapa jam sebelum bekerja. Ya, kami agak trauma tetapi belajar banyak daripada pengalaman ini.


“Saya cadangkan semua orang di luar sana untuk sentiasa mengunci pintu dan tingkap anda. Walaupun langkah itu nampak kecil dan mudah, tetapi ia boleh menjadi sebab kini anda masih hidup,” katanya lagi.


Hantaran tersebut meraih perhatian warga maya yang turut bimbang dengan apa yang dialami pasangan ini.


Pandangan atas dari rumah Phoebe.




Mana tidaknya, adalah mustahil untuk manusia normal menggadai nyawa memanjat balkoni pada malam hari tanpa sebab dan alasan.


Dalam satu lagi hantaran yang dibuat, dia memaklumkan suaminya mengambil langkah keselamatan dicadangkan netizen dengan meletakkan kayu pada sliding door mereka supaya sukar dimasuki penceroboh dari luar.


“Saya suka Twitter bermaklumat (cadangan netizen)! Saya harap apa kami buat ni betul. Ini hanyalah salah satu daripada banyak langkah keselamatan sementara yang kami ambil.


“Kami telah memesan lebih banyak barangan (keselamatan). Terima kasih atas semua cadangan,” katanya dalam ciapannya berserta video.


Sudah pasti apa yang berlaku ini boleh dijadikan sebagai pengajaran malah sebagai peringatan kepada kita agar lebih berhati-hati.




Sumber: mStar








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2023 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman kot, tak pun orang minyak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiran dr tingkat atas?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah selamat.  apartment hakak pun mmg kena lock grill balkoni 24 jam, letak la wifi cctv sekali. kalau tak ada la anak, pakcik, mak sedara pun berani panjat balkoni jiran nak menyangak. bila duduk rumah landed pun sama jugak basikal budak2 letak dekat porch  nak disapu.  akak mmg sentiasa doakan owner melayu yg sewakan unit dkt penjenayah2 ni seksa jiran2 mendapat kifarah dk dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat jiran bawah rumah skandal si shuk dulu, dia claim tgh malam shuk terjun ke balkoni tingkat bwh. Lari dari siapa ntah
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 08:07 AM | Show all posts
weh ni scarry kot. who would have thought boleh jd mcm ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2023 09:26 AM | Show all posts
yess..i memang sendal dgn kayu kat sliding door.please do this.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 09:55 AM | Show all posts
kalau aku duduk apartmnet yg ada balkoni pon aku bukak sliding door sket. nk bg angin masuk.. sbb kalau dh tingkat 12, sape yg jangka ada org nk merompak thru balkoni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2023 10:06 AM | Show all posts
scarynyaaa. tp tempat meols ari tu pn rumah kena pecah masuk. tingkat 4. masuk ikut dapur yard. berani btol
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 09:52 AM | Show all posts
so ape motif stranger tu muncul kat balkoni??
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 12:16 PM | Show all posts
tak terpikir boleh pulak turun dari tingkat atas, bahaya juga mcm ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.055760 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list